Showing posts with label pakej perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label pakej perkahwinan. Show all posts

32 Usahawan Kraf Sarawak Sertai Hari Kraf Kebangsaan 2015

Hari Kraf Kebangsaan 2015 (HKK 2015) yang bermula pada 26 Mac hingga 7 April 2015 di Kuala Lumpur bakal menyaksikan lebih 600 penyertaan daripada usahawan seluruh Malaysia.

Daripada jumlah tersebut, seramai 32 usahawan merupakan usahawan tempatan negeri ini di mana kesemua mereka bakal mempromosi pelbagai barangan kraf seperti: barangan berasaskan hasil rimba (15 peserta), aneka kraf (9 peserta), seramik (5 peserta), tekstil (1 peserta) dan logam (2 peserta).

Read More ->>>
Read more...

Spa Muslimah D’Elegan Spa

Kesukaran untuk mendapatkan rawatan dan perkhidmatan mengenai penjagaan rambut khusus buat golongan Muslimah berasa serba tak kena terutama buat kebanyakan wanita Islam termasuk Nor Azura Che Soh.

Wanita berusia 26 tahun itu berkata, seboleh-bolehnya dia mahu menjaga aurat dengan berkunjung ke salon rambut yang benar-benar mesra Muslimah.

Read More ->>>
Read more...

Sri Angsana Caterer - Part 2

Part 1 of 2 | Part 2 of 2

Cabaran

Menceritakan permulaan Sri Angsana dalam dunia katering, Jasmin berkata, orang tuanya sebenarnya merupakan tukang masak dan mempunyai sebuah kedai makan yang dikenali sebagai Restoran Kita di Jalan Tunku Abdul Rahman pada era 70-an.

Bagaimanapun, restoran tersebut terpaksa ditutup selepas ayahnya meninggal dunia kerana tenaga kerja tidak mencukupi, juga memandangkan adik-beradiknya pada ketika itu masih kecil.

Beberapa tahun kemudian, ibunya kembali membuka sebuah kedai makan baharu dengan nama Restoran Sri Angsana dan mula melibatkan diri dalam dunia katering pada tahun 1996.

Read More ->>>
Read more...

Sri Angsana Caterer - Part 1

Part 1 of 2 | Part 2 of 2

Dari jauh kelihatan kepulan asap berwarna putih meresap ke udara dan melepaskan haruman bauan kulit kayu manis, bunga cengkih, lada hitam, bunga lawang dan jintan. Mungkin juga diletakkan serai yang dititik pangkalnya.

Bahan-bahan itu ‘dikayuh’ menggunakan ‘pendayung’ sehingga berwarna keemasan. Selesai kerja menumis, sedikit demi sedikit rencah utama iaitu ayam, daging dan sotong dimasukkan ke dalam kawah oleh chef Mohd. Aslah Alias, 42.

Di penjuru lain pula kelihatan beberapa orang wanita berusia 40-an sedang memotong bahan-bahan hiasan seperti timun dan cili merah besar.

Mengetuai aktiviti itu ialah ibu Mohd. Aslah, Ramlah Arshad, 68, yang mempunyai kepakaran dalam bidang masakan sejak lima dekad lalu.

Kerja-kerja memasak itu merupakan aktiviti rutin bagi perniagaan keluarga di bawah jenama Katerer Sri Angsana (Sri Angsana).

Read More ->>>
Read more...

Pakaian Pengantin Berinai Bridal

Mengenakan sepasang busana yang paling sempurna pada hari penting menjadi impian setiap pasangan yang ingin berkahwin terutama wanita. Demi mencapai impian itu, kebanyakan bakal pengantin wanita sanggup meluangkan masa dan tenaga supaya imej yang ditonjolkan pada hari istimewa itu adalah yang terbaik.

Namun, bukan semua orang berkemampuan mengupah pereka fesyen bertaraf profesional untuk menghasilkan busana impian.

Mengambil kira elemen berfesyen terutama kepada golongan kelas pertengahan, Berinai Bridal mengetengahkan beberapa koleksi pakaian pengantin.

Ia bukan sahaja berpatutan dari segi harga tetapi pemilik butik, Sam Samin memastikan koleksi yang ditawarkan mengikut trend dan permintaan semasa.

Minat mendalam terhadap fesyen pakaian yang menyerlahkan kecantikan luaran si pemakai, lebih-lebih lagi busana yang menambah seri pada hari persandingan, mendorong Samin terlibat dalam bidang dandanan dan rekaan baju pengantin.

Read More ->>>
Read more...

Friends of SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2015 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::