32 Usahawan Kraf Sarawak Sertai Hari Kraf Kebangsaan 2015 |
Hari Kraf Kebangsaan 2015 (HKK 2015) yang bermula pada 26 Mac hingga 7 April 2015 di Kuala Lumpur bakal menyaksikan lebih 600 penyertaan daripada usahawan seluruh Malaysia.
Daripada jumlah tersebut, seramai 32 usahawan merupakan usahawan tempatan negeri ini di mana kesemua mereka bakal mempromosi pelbagai barangan kraf seperti: barangan berasaskan hasil rimba (15 peserta), aneka kraf (9 peserta), seramik (5 peserta), tekstil (1 peserta) dan logam (2 peserta).
Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKMM) Sarawak Azran Arip ketika tinjauannya melihat persiapan peserta pempamer ke Pusat Pembangunan Kraf Sarawak, di Jalan Stadium, di Kuching, semalam, berkata hasil rimba menjadi produk pilihan yang paling mendapat tempat di hati pengunjung meliputi penghasilan produk anyaman mengkuang, pandan, bemban, buluh, rotan dan kulit setiap kali penganjuran HKK.
Pelbagai aktiviti akan diadakan seperti:
1) jualan kraf,
2) jualan produk dan perkhidmatan perkahwinan,
3) pameran dan jualan kraf rekaan baharu,
4) pameran produk kraf warisan,
5) bicara kreatif,
6) padanan perniagaan,
7) demonstrasi kraf tempatan,
8) demonstrasi masakan dan kuih tradisional,
9) persembahan kesenian,
10)peragaan fesyen
11)lawatan berpandu.
Selain itu, program galakan pengunjung juga diadakan seperti:
- dikir barat,
- busker,
- konsert yankee-yankee,
- pertandingan ukiran buah dan sayuran,
- pertandingan ayam serama,
- Si Comel Meow @ HKK
- Jom Masak @ HKK.
Pada masa sama, pameran dan jualan 135 produk rekaan baharu daripada pelbagai segmen akan mengambil tempat seperti produk pelancongan, hadiah dan cenderamata, cenderamata korporat serta alatan dan kelengkapan rumah.
Ia menjadi acara tahunan di mana telah mendapat kelulusan daripada Jemaah Menteri sejak 2002 bertujuan memberi pengiktirafan kepada usahawan yang giat mempromosikan buatan kraf sekali gus mengembang serta membantu pertumbuhan ekonomi negara.
Sumber: Borneo Post Online