Jack Ma - Jutawan Online - Alibaba 02 |
Orang buta
Kisah tersebut merupakan cerita yang dimasukkan dalam Hikayat 1001 Malam yang terkenal dalam kalangan masyarakat Arab.
“Saya mengibaratkan diri sebagai orang buta yang menunggang harimau,” katanya kerana mengambil risiko memulakan perniagaan tersebut tatkala rakyat China masih kabur mengenai kemudahan itu.
Alibaba atau sekarang dikenali sebagai Alibaba Group Holding Limited merupakan sebuah syarikat perdagangan dalam talian dan mudah alih di China malah di dunia dengan dominasi 80 peratus sistem e-dagang negara melibatkan perusahaan penghantaran bungkusan.
Jack juga mengembangkan legasinya sebaris dengan konglomerat lain dengan menguruskan perniagaan tempahan tiket perjalanan dalam talian, aplikasi navigasi, perkhidmatan pelayaran muzik dan pelbagai sistem talian yang turut dikendalikan menerusi laman web Alibaba.com, Alipay selain Taobao dan Tmall milik syarikatnya.
Seorang yang kelakar dan sentiasa ceria, ketika pertama kali syarikatnya mendapat keuntungan, lelaki tersebut memberikan satu tin minuman Silly String dan menikmatinya bersama-sama pekerja.
Pada awal tahun 2000, sewaktu syarikat memutuskan untuk memulakan talian Taobao yang menyaingi eBay, usahawan berjaya itu bersama kumpulannya telah menterbalikkan badan dengan tangan ke bawah dan kaki ke atas pada waktu rehat.
“Ia untuk memastikan kami dapat mengekalkan tahap tenaga,” ujarnya yang merupakan anak kedua.
Selepas lebih sedekad menerajui Alibaba, Jack melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada dua tahun lalu dan hanya kekal sebagai Pengerusi Eksekutif.
“Hari ini, syarikat dimiliki oleh orang awam. apa yang kami peroleh bukanlah duit. Sebaliknya kepercayaan daripada masyarakat,” beritahunya kepada CNBC dalam satu temu bual.
Alibaba mempunyai kira-kira 24,000 pekerja dan 36.7 juta pengguna berdaftar dari 240 buah negara pada tahun 2012 dan 800 juta pengguna Alipay.
Idola
Nilai tawaran awam permulaan legasi Alibaba juga lebih besar berbanding Facebook dengan jumlah sehingga AS$200 bilion (RM732 bilion) berbanding Facebook sebanyak AS$104 bilion (RM380 bilion).
Dia menjadi idola buat rakyat China malah terdapat banyak buku dan cakera padat digital tentang perniagaan perkongsiannya di bilik rehat lapangan terbang.
Kedudukannya sebagai lelaki terkaya di republik itu tidak pernah membuatkan Jack senang.
Katanya, ia adalah kesakitan yang paling besar apabila semua orang berada di sekeliling anda kerana wang.
“Orang selalu kata menjadi kaya itu bagus. Ya, memang bagus, tetapi tidak bagi orang yang paling kaya di negara ini.
“Saya mahu orang melihat saya sebagai usahawan, lelaki yang sedang menikmati hidupnya dan saya mahu menjadi diri sendiri,” ujarnya penuh mendalam.
Dalam jatuh bangun hidup Jack, dia sentiasa disokong oleh isterinya yang dikenali sejak zaman universiti.
Kata isterinya, Jack berbeza berbanding lelaki lain.
“Jack bukanlah lelaki kacak, namun saya telah jatuh hati kepadanya kerana dia boleh melakukan banyak perkara yang lelaki tampan tidak boleh lakukan,” jelas wanita tersebut.
Sumber: Kosmo! Online