Jack Ma - Jutawan Online - Alibaba 01 |
Disenaraikan sebagai warga China terkaya dengan anggaran kekayaan AS$25 bilion (RM92.36 bilion), pemilik nama Ma Yun bukanlah bintang yang bersinar kerana dia tidak dilahirkan dalam keluarga kaya.
Dia hidup susah bersama ibu bapa serta dua lagi adik-beradiknya.
Ma Yun dilahirkan pada Oktober 1964 menghadapi saat kesukaran sebelum mampu memiliki empayar besar Alibaba. Dia meminati bidang bahasa dan gemar berseloroh.
Mempunyai seorang isteri, Zhang Ying dan anak lelaki, Ma Yuankun yang berusia 23 tahun, lelaki yang lebih mesra disapa sebagai Jack itu merupakan anak kepada pasangan penglipur lara muzikal tradisional di Hangzhou dan tidak memiliki kekayaan.
Dengan dahi yang membonjol dan penuh ekspresif, bicaranya penuh patriotik dan diplomatik. Disifatkan sebagai seorang yang patriotik kerana enggan meninggalkan bumi Hangzhou, China walaupun mempunyai harta yang banyak dan pernah tersenarai sebagai orang ke-18 terkaya di dunia.
“Daerah ini adalah tanah kelahiran saya, tempat saya bersekolah dan memulakan perniagaan,” jelasnya tentang Hangzhou tatkala gosip yang mendakwa dia ingin berhijrah tersebar dalam kalangan masyarakat di sana.
Walaupun bergelar usahawan berjaya dunia dan mempunyai nilai aset melebihi RM73.8 bilion berdasarkan laporan yang dikeluarkan Bloomberg Billionaires Index, kejayaan Jack tidak bermula dengan mudah. Pada zaman persekolahannya, dia tidak cemerlang dalam mata pelajaran Matematik sebaliknya hebat dalam bahasa Inggeris kerana meminati bahasa.
Jack yang membiayai pasukan bola sepak Guangzhou Evergrande Football Club tersebut mempelajari bahasa Inggeris daripada pelancong-pelancong asing.
“Pada setiap hari, saya akan berulang-alik ke sebuah hotel dan bertindak sebagai ‘pemandu pelancong’ kepada mereka.
“Komunikasi dengan mereka membuatkan bahasa Inggeris saya semakin mantap,” kongsinya.
Disebabkan kemiskinan keluarganya, Jack berpendapat hanya pendidikan yang mampu mengubah hidupnya.
Gagal
Dia memohon untuk memasuki kolej. Bagaimanapun, Jack gagal sebanyak dua kali dalam ujian kelayakan untuk memasuki kolej sebelum menyambung pengajian di Universiti Normal Hangzhou dalam pengkhususan bahasa Inggeris.
Kongsi Jack, 50, dia juga pernah gagal dalam banyak temu duga kerja yang dihadirinya termasuklah jawatan di Kentucky Fried Chicken sebelum menempa nama seperti sekarang.
“Dalam 24 calon temu duga yang hadir, 23 diterima bekerja. Hanya saya yang gagal,” ceritanya dalam satu wawancara.
Jack yang berketinggian kira-kira 1.5 meter itu kemudiannya berjaya menjadi tenaga pengajar bahasa Inggeris di sebuah universiti tempatan dengan gaji kira-kira RM44 sebulan.
Pernah disenaraikan sebagai 10 guru muda terbaik di Hangzhou, Jack mengambil keputusan untuk berhenti menjadi guru. Dia membuka perniagaan berasaskan terjemahan sebelum membangunkan China Yellowpages, syarikat berasaskan internet yang pertama di China pada tahun 1995 selepas lawatannya ke Amerika Syarikat.
Kongsi lelaki tersebut, dia mula mengenal internet sewaktu lawatan ke Washington, Amerika Syarikat dan sangat teruja dengan internet tatkala kali pertama melakukan carian perkataan menggunakan Yahoo.
Bagaimanapun, projek terjemahan bahasa dan China Yellowpages tidak membuahkan hasil kepada Jack.
Empat tahun kemudiannya, dia dan 16 rakan lain telah mengasaskan syarikat yang mengendalikan perniagaan dalam talian yang pertama di China kerana begitu yakin dengan potensi internet sebagai ruang perniagaan. Dia dan rakan kongsi telah memulakan langkah pembinaan empayarnya yang bertahan hingga kini bermodalkan kira-kira RM200,000 di sekitar Hangzhou.
“Saya memilih nama Alibaba kerana tertarik dengan kisah Alibaba dan 40 penyamun yang terkenal di dunia.
Sumber: Kosmo! Online