Muzium Pinbal Budapest Hungary |
Budapest merupakan ibu negara Hungary yang kaya dengan seni bina bersejarah seperti Rumah Opera Budapest.
Begitupun, terdapat satu lokasi di Budapest yang berjaya mencuri perhatian pengunjung dan tempat tersebut terletak di bawah tanah.
Ia merupakan sebuah muzium unik yang mempamerkan mesin-mesin pinbal.
Pinbal merupakan permainan lama iaitu mesin yang ‘mengarahkan’ bola keluli mendapatkan bilangan mata menggunakan pelocok dan sirip.
Bunyi-bunyian dan pancaran lampu berwarna-warni berjaya mengembalikan nilai-nilai nostalgia dalam kalangan peminat-peminat permainan itu termasuk golongan muda.
Muzium pinbal itu ditubuhkan oleh seorang pengumpul dan peminat tegar, Balazs Palfi yang berhasrat untuk mengembalikan zaman kegemilangan permainan tersebut.
Muzium di bawah tanah rumahnya itu menghimpunkan lebih 140 mesin pinbal yang merupakan koleksi-koleksi peribadi Palfi.
“Permainan video tidak mungkin dapat menggantikan permainan pinbal ini,” ujar Palfi, 42.
Menurutnya lagi, mesin pinbal mula hilang dan dibawa keluar dari bar sekitar tahun 1990. Kini, permainan tersebut makin digemari.
“Permainan pinbal terkenal di bar suatu ketika dahulu dan kini, ia beralih arah ke muzium pula,” ujarnya kepada AFP.
Muzium pinbal itu ditubuhkan sejak setahun lalu dan menarik ramai pengunjung. Ia dibuka untuk semua pada Isnin hingga Jumaat.
Menurut laman web pelancongan terbesar, TripAdvisor, muzium pinbal secara tidak langsung telah menjadi sebagai salah satu tarikan pelancongan di Hungary.
Yuran
Kebanyakan mesin masih boleh digunakan dan pengunjung bebas bermain selama mana yang mereka mahu. Mereka hanya perlu membayar yuran kemasukan bernilai €8 (RM32).
Purata pengunjung seminggu ialah seramai 400 orang. Pengunjung tersebut rata-ratanya pelancong asing dan mereka biasanya bermain berjam-jam di mesin pinbal.
“Mesin pinbal sudah tiada di England kerana ia sudah lapuk dan dianggap retro,” jelas salah seorang pengunjung yang dikenali sebagai Kim.
Seorang pengunjung dari Kanada juga begitu teruja ketika melihat permainan tersebut.
“Sudah lama saya tidak bermain pinbal The Simpsons. Kali terakhir saya bermain adalah ketika kecil,” ujarnya gembira.
Dalam muzium tersebut, koleksi mesin paling lama dikeluarkan pada tahun 1871 iaitu bola pinbal perlu melepasi beberapa pin di atas papan kayu.
Mesin pinbal merangkumi pelbagai jenis tema antaranya, kumpulan rock terkenal seperti Guns N’ Roses dan ACDC selain bertemakan filem Hollywood seperti Indiana Jones dan Star Wars. Terdapat juga tema cerita seram, angkasawan dan permainan arked seperti Space Invaders serta Mortal Kombat.
Menurut Palfi, hanya lima mesin dibeli di Hungary, manakala selebihnya dari 16 buah negara termasuklah Amerika Syarikat, Belgium dan Perancis.
Ini kerana Hungary tidak mengeluarkan mesin-mesin permainan pinbal. Satu-satunya permainan di Hungary merupakan adaptasi daripada permainan Sepanyol iaitu Mesevonat.
Label
Seperti muzium di seluruh dunia, setiap pameran di muzium pinbal juga dilabel dengan kemas yang memaparkan tarikh pembuatan, pereka, artis dan unit keluaran.
Palfi berkata, dia mula mengumpul mesin permainan pinbal sejak enam tahun lalu melalui sebuah laman web lelongan. Dia begitu meminati pinbal sejak kecil.
“Beginilah cara saya menghabiskan masa,” katanya.
Dia menyatakan sebuah mesin pinbal berharga antara €500 hingga €10,000 (RM2,000 hingga RM40,000) bergantung pada jenama, tarikh keluaran dan populariti seperti tema edisi terhad ACDC atau Medieval Madness.
Mesin-mesin baharu pula biasanya boleh didapati pada harga €4,000 (RM16,000).
Di samping itu, muzium tersebut tidak sahaja mempamerkan mesin-mesin permainan pinbal bahkan, mempunyai bengkel membaiki mesin yang dikendalikan oleh pengumpul-pengumpul permainan itu.
Dahulu, ketika Hungary dijajah oleh rejim komunis, negara tersebut lebih bersifat terbuka jadi permainan pinbal senang dibawa masuk berbanding negara Eropah lain.
“Permainan tersebut lebih awal diperkenalkan berbanding minuman Coca-Cola, jadi secara tidak langsung, ia menjadi permainan wajib. Kini, ia masih kekal menjadi salah satu tarikan untuk generasi akan datang,” ujarnya yang berpendapatan penduduk Hungary bermain pinbal setiap masa pada tahun 1990-an.
Palfi juga menganggarkan kurang daripada 300 mesin pinbal boleh dijumpai di kafe dan bar zaman kini berbanding lebih 20,000 mesin sekitar 1990-an.
“Ramai yang beranggapan bahawa permainan ini ibarat nostalgia tapi bukan bagi saya. Saya masih mempunyai perasaan yang sama seperti 30 tahun lalu dan akan terus menghargai permainan ini,” katanya.
Sumber: Kosmo! Online