Servis Fotografi Pop Studio |
Pop Studio yang dilancarkan pada awal bulan Mac lalu memberi peluang kepada para pelanggan untuk mengadakan sesi fotografi sama ada bagi rancangan televisyen, rakaman atau majalah.
Selain itu, studio yang terletak di Jalan SS15, Subang Jaya, Selangor itu merupakan tempat yang strategik bagi mereka yang ingin menempah atau menyewa studio bagi sesi fotografi kerana terdapat pelbagai kemudahan seperti tempat letak kereta dan deretan kedai.
Studio ini menyediakan pelbagai kemudahan termasuk peralatan fotografi yang lengkap seperti pelbagai latar belakang yang menarik, peralatan kamera, pencahayaan yang baik serta ruang yang unik.
Menurut Pengarah Kreatif Pop Studio, Alif Ridzuan, 29, semua peralatan dan kemudahan yang disediakan mampu memudahkan kerja-kerja setiap pelanggan yang hadir.
Sudah pasti, ia adalah untuk mendapatkan tahap kepuasan semua pelanggan dalam melakukan kerja-kerja fotografi tersebut.
“Studio kami menyediakan kesemua peralatan fotografi. Apa yang paling menarik adalah ruang di studio kami yang mempunyai pelbagai konsep iaitu terdapat dua ruang utama.
“Pertama, tempat fotografi itu sendiri dan ruang kedua adalah untuk barang-barang peralatan kami.
“Selain itu, kami juga mempunyai ruang yang berbeza bagi mereka yang ingin menampilkan kelainan terhadap gambar yang dihasilkan nanti,” katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.
Servis fotografi
Dalam pada itu, selain daripada ruangan yang pelbagai, servis fotografi turut disediakan kepada pelanggan bukan sahaja untuk fesyen tetapi album famili, produk dan fotografi untuk ruangan gaya hidup bagi majalah.
“Dalam erti kata lain, kami di Pop Studio menyediakan semua kemudahan dan mereka yang ingin datang ke sini hanya perlu membawa peralatan kamera serta bakat mereka sendiri.
“Namun, tidak perlu bimbang kerana bakat atau model, jurusolek juga disediakan oleh studio kami,” ujarnya.
Harga pakej yang ditawarkan sangat berpatutan dengan semua kelengkapan yang disediakan.
“Bagi pelanggan yang menempah satu set studio penuh, kami mengenakan caj sebanyak RM1,100 untuk satu studio selama 8 jam bermula pada pukul 10 pagi hingga 6 petang.
“Caj tambahan juga akan dikenakan kepada pelanggan selepas 8 jam mengikut setiap kadar studio yang dipilih, iaitu untuk satu studio penuh akan dikenakan sebanyak RM140 setiap satu jam, bagi ruangan studio A (white space) pula sebanyak RM100 dan ruangan studio B (white wooden panels dan rustic brick wall) RM70.
Tambah Alif, konsep yang disediakan oleh Pop Studio sangat unik kerana terdapat ruang pertama yang dipanggil white limbo (limbo putih), white wooden panels (panel kayu putih) yang berlatarkan hiasan kayu dan rustic brick wall (dinding bata) untuk sesi fotografi serta sesi rakaman.
“Dengan keluasan yang mencecah 111 meter persegi, Pop Studio mampu untuk menghasilkan pelbagai ruang menarik bagi memberi kepuasan kepada pelanggan yang datang.
“Bagi sudut lain pula, kami turut menyediakan ruang yang lebih menarik dan tertumpu pada enam permainan warna pilihan.
Alif memberitahu, sebarang tempahan untuk Pop Studio boleh layari aplikasi laman sosial seperti Instagram dan Facebook dengan carian popstudio15.
Pop Studio yang dimiliki One Drop Group menawarkan potongan harga sebanyak 30 peratus antara bulan April dan Mei ini sempena pembukaannya.
Pop Studio pasti menjadi pilihan ideal buat para usahawan yang mencari set studio dilengkapi sesi fotografi, jurusolek, model dan latar belakang yang menarik untuk sesi penggambaran produk, katalog mahupun risalah.
Sumber: Kosmo! Online