Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2015 |
Jaon dan tebaloi. Sekali didengar, pasti ramai yang tidak dapat meneka sama ada nama tersebut merujuk kepada objek, tempat atau makanan.
Ia merupakan bahan kudapan berupa biskut yang dihasilkan menggunakan tepung sagu, telur, kelapa dan gula.
Meskipun janggal kedengaran bagi masyarakat Semenanjung Malaysia, perkataan itu sangat sinonim bagi masyarakat Sarawak.
Merupakan kuih tradisi yang berasal dari daerah Mukah, makanan tersebut dibawakan khas ke Semenanjung bersempena Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2015 bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay, Kuala Lumpur.
Selain jaon dan tebaloi, satar yang popular di Terengganu turut dibawakan khas buat para pengunjung HKK 2015 yang akan menutup tirainya pada 7 April ini.
Seorang pengunjung, Faridah Yaakub, 51, berkata, HKK 2015 sangat menarik kerana selain menawarkan pelbagai produk kraf, dia berpeluang melihat dan merasi keunikan makanan tradisi dari pelbagai negeri.
“Jujurnya, saya tidak pernah mendengar nama kuih jaon atau tebaloi, apatah lagi merasainya. Begitupun, kunjungan ke HKK 2015 memberi saya peluang untuk melihat bagaimana biskut ini dihasilkan.
“Biskut ini sangat sedap dengan rasa kelapa yang sangat kuat,” ujarnya.
Lebih dekat
Selain memberi ruang kepada pengunjung untuk melihat produk yang dihasilkan, HKK 2015 menjadi wadah buat para pengusaha memperkenal dan memasarkan produk kepada orang awam.
Bagi usahawan kraf orang kelainan upaya (OKU), Ng Kim Loong, orang ramai juga dapat melihat produk yang dihasilkan secara lebih dekat.
Dia dan isterinya yang juga OKU, Pang Kwai Cheng telah berkecimpung dalam pembuatan kraf menggunakan rotan sejak 30 tahun lalu.
“Ini kali kedua kami menyertai pameran yang dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia. Ia menyeronokkan apabila pengunjung tertarik dengan produk-produk kraf yang kami hasilkan,” ujarnya yang menyara dua anaknya dengan hasil kraf itu.
Selain menggunakan hasil hutan seperti rotan dan kayu sebagai sumber kraf, elemen tumbuhan lain seperti daun getah, tempurung kelapa dan daun nanas juga sesuai untuk dijadikan kraf tangan.
Bagi sesetengah orang, daun nanas yang tajam tidak mempunyai nilai komersial namun, ia berbeza buat Azra Hussin yang memprosesnya menjadi kertas mesra alam.
Azra memberitahu, melalui proses yang agak rumit, kertas tersebut kemudiannya dijadikan produk seperti kulit buku, beg kertas dan kad kahwin.
Sumber: Kosmo! Online