Kreativiti Runut Bunyi Anime - 01 |
Sejak diperkenalkan pada umum sekitar abad ke-20, animasi Jepun atau anime merupakan antara karya visual popular yang berjaya menarik kelompok peminat tersendiri.
Digemari oleh segenap lapisan masyarakat, populariti siri anime yang biasanya diadaptasi daripada komik manga turut dibantu oleh lagu runut bunyi.
Pada kebiasaannya, lagu-lagu yang dicipta untuk mengiringi sesebuah anime perlu selari dengan plot dan watak yang ingin diketengahkan.
Selain itu, emosi yang terkandung dalam sesebuah lagu juga perlu dititikberatkan agar mesej dan tema sampai kepada penonton.
Penyanyi dan penulis lagu anime ternama dari negara matahari terbit, Mami Kawada berkata, menulis lagu runut bunyi bagi anime bukan satu perkara yang mudah.
Penyanyi yang berusia 37 tahun itu menjelaskan, dia perlu mengetahui tentang jalan cerita sesebuah anime secara keseluruhan sebelum boleh mencipta lagu runut bunyi untuk sesebuah siri animasi.
“Biasanya, jika sesebuah karya itu diadaptasi daripada komik manga, saya perlu membaca komik tersebut sebelum mencipta lagu untuk versi anime.
“Selain melihat jalan cerita, saya juga akan mengkaji emosi karakter utama supaya lagu yang dicipta bertepatan dengan konsep keseluruhan,” ujarnya pada wawancara khas yang diaturkan oleh Sony Pictures Television Networks, Asia di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, sempena Karnival Animax Malaysia 2015 baru-baru ini.
Tambah Mami, proses menulis lagu runut bunyi untuk anime perlu melalui satu proses yang agak panjang.
Katanya, selain membaca komik dan meneliti setiap karakter, dia harus pandai merumuskan perjalanan cerita agar plot yang terkandung dalam anime itu dapat dirangkumkan dalam sebuah lagu.
“Agar sukar juga untuk bercerita dalam sebuah lagu. Namun, ia bukan masalah besar jika saya sudah memahami setiap watak dan perjalanan cerita anime tersebut,” katanya.
Melanjutkan bicara mengenai penerimaan peminat di Jepun, Mami berkata, sepanjang 10 tahun menyanyikan lagu-lagu anime, tiada sebarang jurang yang memisahkan penyanyi komersial dengan penyanyi runut bunyi siri animasi.
Kata pelantun lagu No Buts! dalam siri anime Toaru Majutsu No Index 2 itu, setiap individu mempunyai kelebihan masing-masing. Sebagai penyanyi anime, dia cuba sehabis baik apabila menyampaikan penceritaan menerusi lagu-lagu ciptaannya.
“Pada pendapat saya, tiada perbezaan yang ketara antara penyanyi pop komersial dengan penyanyi anime. Semua penghibur ada kelebihan masing-masing.
“Cuma, penyanyi lagu anime berkebolehan menyanyi pelbagai jenis genre berbanding penyanyi biasa yang lebih fokus kepada aliran muzik mereka sendiri.
“Selain itu, lagu yang dicipta biasanya membantu menyuntik rasa teruja dalam kalangan penonton supaya mereka lebih berminat untuk menyaksikan siri anime yang sedang ditayangkan,” katanya yang pernah menyanyikan lagu pembukaan untuk siri Shakugan No Shana selama tiga musim berturut-turut.
Kreativiti dan imaginasi
Sementara itu, seorang penyanyi anime, May’n yang ditemui menyifatkan menyanyikan lagu anime berupaya meluaskan kreativiti dan imaginasinya sebagai seorang anak seni.
May’n atau nama lengkapnya Mei Nakabayashi, 26, berkata, apabila menyanyikan lagu-lagu untuk siri anime, emosi dan imaginasinya berubah mengikut setiap animasi yang dijayakannya.
“Menerusi lagu runut bunyi, imaginasi penyanyi itu akan berubah mengikut situasi jalan cerita. Apa yang bermain di fikiran penyanyi itu biasanya sama dengan babak yang dilihat oleh penonton.
“Jadi, kreativiti dan daya imaginasi seseorang penyanyi akan berubah setiap kali menyanyikan lagu runut bunyi untuk siri anime yang berlainan,” jelas May’n yang mula dikenali selepas lagu Falling In Or Not yang dijadikan runut bunyi siri Love Get Chu mendapat tempat di hati peminat.
Selain nilai kreativiti dan imaginasi, May’n turut berupaya meningkatkan kualiti vokal menerusi lagu-lagu anime nyanyiannya.
“Sepanjang menyanyikan lagu siri anime, saya terikat dengan karya yang hanya memerlukan bentuk nyanyian dalam nada suara rendah.
“Sehingga pada suatu hari, produser Yoko Kanno meyakinkan saya bahawa graf vokal suara saya mampu mencapai nada tinggi.
“Bermula daripada situ, saya telah mula diberi kepercayaan untuk menyanyikan lagu-lagu bernada tinggi. Antaranya ialah lagu-lagu yang terkandung dalam Macross Frontier,” katanya yang turut melakonkan watak penyanyi bernama Sheryl Nome dalam siri yang diterbitkan pada 2008 itu.
Walaupun kerap menyanyikan lagu-lagu untuk siri anime, pelantun lagu Crazy Crazy Crazy itu mengakui, tidak gentar jika namanya kurang setanding dengan penyanyi-penyanyi arus perdana lain.
Kata May’n, tujuan asalnya menjadi penyanyi untuk menghiburkan pendengar dan bukan semata-mata mahu mengejar limpahan nikmat populariti.
“Saya memasang cita-cita untuk bergelar penyanyi sejak berusia tiga tahun.
“Popular atau tidak, itu bukan perkara utama. Apa yang penting, saya mahu menyanyikan lagu-lagu yang ingin didengar pendengar dan peminat,” katanya lagi.
Elemen klasik
Jika bercakap tentang lagu runut bunyi untuk siri anime, genre yang biasa diketengahkan oleh penerbit ialah rock, pop dan balada.
Begitu pun, masih terdapat beberapa genre yang jarang diangkat atau diolah oleh kebanyakan produser untuk dimuatkan dalam rangkaian siri animasi di Jepun.
Justeru, bagi mencari sedikit kelainan, penyanyi Elisa, 26, cuba menyuntik elemen klasik dalam beberapa karya runut bunyi yang melibatkan suaranya.
“Sejak kebelakangan ini, saya cuba menyuntik elemen klasikal dalam lagu runut bunyi untuk siri anime berskala besar.
“Selain itu, saya cuba menyanyi secara soprano. Ia mungkin kedengaran pelik tetapi sesuai jika dijadikan lagu tema untuk animasi yang bergenre berat,” katanya yang telah bereksperimen dengan muzik klasikal menerusi lagu God Only Knows bagi siri anime The World God Only Knows.
Ditanya mengenai populariti lagu-lagu runut bunyi anime di Jepun secara umum, Elisa berkata, karya-karya sedemikian ada pengikut tersendiri.
Ujarnya, nilai populariti antara lagu runut bunyi dan lagu biasa boleh dikatakan sama, ia bergantung kepada kualiti yang ada dalam karya tersebut.
“Penerimaan pendengar antara dua jenis lagu ini tidak jauh beza. Setiap satu daripadanya mempunyai audiens yang berlainan.
“Kadang-kadang, lagu-lagu runut bunyi untuk anime juga boleh tersenarai di kedudukan lebih tinggi berbanding lagu lain di Carta Oricon 200 di Jepun,” katanya sambil memberitahu lagu berjudul Real Force untuk siri A Certain Scientific Railgun berjaya menduduki tangga 14 di carta tersebut pada tahun 2010.
Sumber: Kosmo! Online