|
Spa Muslimah D’Elegan Spa |
Wanita berusia 26 tahun itu berkata, seboleh-bolehnya dia mahu menjaga aurat dengan berkunjung ke salon rambut yang benar-benar mesra Muslimah.
|
Spa Muslimah D’Elegan Spa |
|
Salon Hairkunst |
Baru sekejap melabuhkan punggung, Bambang Sutrisno Soteto ditembak soalan klise: “Awak orang Malaysia ke Indonesia?” Tertawa kecil lelaki 32 tahun itu dan serentak menjawab: “Saya orang Malaysia, lahir, bersekolah dan membesar di negara ini.”
Barangkali orang terkeliru dengan nama Bambang yang kedengaran Indonesia, itu punca soalan sedemikian dikitar hampir setiap orang.
Kemeja berkotak dan seluar panjang celoreng merangkul kemas tubuh Bambang. Sengaja dibiarkan misai dan jambang sedikit meliar pada wajah, agar terserlah pesona maskulin. Rambut dirapi semula jadi, sesuai dengan kerjaya Bambang sebagai pendandan rambut profesional.
Memasuki usia tujuh tahun, salon Hairkunst di The Curve, Mutiara Damansara, Selangor itu masih beroperasi secara teratur. Bezanya, bilangan pelanggan yang hadir kian bertambah. Itu belum lagi dicampur cawangan salon tersebut di Mont Kiara.
Hairkunst kendalian Bambang merupakan antara salon terawal di Malaysia yang menggunakan konsep servis berasaskan janji temu sepenuhnya. Tiada istilah datang, gunting dan balik sesuka hati di Hairkunst, pelanggan perlu menghubungi salon terlebih dulu sebelum datang.
::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2015 SatuJutaIdea :::::
::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::