Sate Celup Warisan Tionghoa |
Dua sahabat mengambil keputusan untuk memberikan nafas baharu pada sate celup yang dianggap sebagai makanan warisan kaum Tionghoa di Melaka.
Ia bagi membolehkan menu unik itu dinikmati kaum lain terutamanya umat Islam tanpa was-was.
Gabungan 11 jenis rempah yang dimasak bersama kacang tanah selama enam jam sebelum menjadi pati kuah merupakan resipi seorang lelaki kaum Tionghoa yang sudah bersara mengusahakan perniagaan itu.
Dua sahabat iaitu Baharom Ahmad dan Douglas Soo cukup bertuah kerana berjaya memperoleh resipi tersebut.
Mereka mula mengusahakan perniagaan makanan tradisi tersebut pada pertengahan tahun lalu di sebuah gerai di kawasan Duyung.
Selepas melihat sambutan menggalakkan, mereka berkongsi untuk mengumpul modal sebanyak RM70,000.
Mereka kemudiannya membuka sebuah restoran di Taman Lagenda yang diberi nama Celop-Celop setahun kemudian.
Cara masak
Restoran yang terletak berhampiran pusat beli-belah AEON Bandar Raya Melaka itu boleh memuatkan kira-kira 70 pelanggan pada satu-satu masa.
Berbeza dengan sate di kebanyakan tempat lain, sate celup dimasak dengan cara mencelup makanan tersebut ke dalam kuah yang disediakan supaya rasa rempah dapat diserap ke dalam makanan itu.
Kuah tersebut akan ditempatkan di dalam periuk khas yang disediakan di setiap meja di restoran berkenaan sebelum pelanggan memasak sendiri menu tersebut.
Penulis pada mulanya membayangkan sate celup ini tidak banyak bezanya dengan sate di negeri lain yang kebiasaannya menggunakan daging lembu atau ayam yang dicucuk pada lidi.
Bagaimanapun, sangkaan itu meleset apabila pelbagai jenis bebola, makanan laut dan sayur yang dicucuk pada lidi sate dihidangkan.
Hidangan ini seperti stimbot tetapi bezanya ia dimasak menggunakan kuah kacang bagi membangkitkan rasa unik dan kaya dengan rasa rempah.
Bagaimanapun, sekiranya pelanggan tidak menggemari rasa berempah, mereka boleh memilih kuah sup atau kuah tomyam. Selain itu, menu nasi dan asam pedas turut disediakan.
Baharom selaku pengurus restoran berkata, penyediaan bahan dan kuah dilakukannya sendiri untuk memastikan kualitinya tidak mengecewakan.
“Sebelum ini, saya lihat ramai yang sanggup beratur di sebuah kedai menjual sate celup di Banda Kaba. Memandangkan ia disediakan oleh orang bukan Islam, saya tidak berani mencubanya.
“Dari situ saya mendapat idea untuk mengusahakan makanan ini dan bekerjasama dengan Douglas untuk mendapatkan resipinya,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian restoran tersebut baru-baru ini.
Majlis tersebut disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Pelancongan, Pembangunan Sungai, Pantai dan Pulau-Pulau negeri, Datuk Ghazale Muhamad.
Sumber: Kosmo! Online