Gastronomi Restoran Kelas Pertama Muzium |
Pengunjung muzium sudah lama menggunakan pancaindera mata untuk ‘menelan’ hasil seni.
Ia pasti lebih mengujakan apabila menelusuri daya kreativiti manusia di muzium sambil menjamu selera lebih daripada sekadar snek.
Kini, muzium di sesebuah negara giat menarik perhatian kelompoknya menerusi hidangan di restoran sehebat karya-karya seni yang digantungkan di dinding-dinding.
Muzium Guggengeim di Sepanyol, Muzium Seni Moden New York dan muzium seni kontemporari di bandar Itali, Lu.C.C.A. telah mendahului konsep tersebut dengan membuka restoran mewah yang telah berjaya mencipta nama dalam buku rating restoran terbaik Michelin Guide.
“Guggenheim memerlukan satu pendekatan progresif, identiti dan gaya. Itulah yang sedang kami lakukan,” kata tukang masak di muzium Frank Gehry, Josean Alija.
Alija hanya berusia 19 tahun apabila muzium Guggenheim dibuka pada tahun 1997. Muzium tersebut kemudian mengambil keputusan selangkah ke hadapan dengan membuka Nerua, sebuah restoran mewah yang memenangi anugerah Michelin di bawah pengurusannya pada tahun lalu.
“Ia adalah pertaruhan yang besar apabila menyertai gastronomi restoran kelas pertama muzium,” kata jurucakap Begona Martinez yang mewakili pengarah Muzium Juan Ignacio Vidarte.
Konsep menyediakan makanan dan pengalaman makan malam menarik itu turut dipraktikkan di tempat-tempat lain. Muzium Louvre, Paris; Musee d’Orsey dan Muzium Rodin lebih bersedia dalam menyediakan makanan setanding dengan cita rasa kulinari pelanggan.
“Ia seperti pertandingan antara muzium dan negara. Kualiti restoran kini menjadi sebahagian daripada kriteria untuk populariti atau kualiti muzium,” kata ketua syarikat Perancis, Elior Concessions yang menjalankan perniagaan medan selera untuk muzium dan syarikat.
“Semua restoran mempunyai strategi masing-masing dalam meningkatkan kualiti untuk memenuhi kehendak dan perkhidmatan kepada pelanggan.
“Beberapa rangkaian restoran turut menyediakan semua jenis cita rasa dengan bajet tertentu,” jelasnya. Dia memberi contoh muzium seni etnik Muzium Quai Branly di Paris yang menyediakan kedua-dua konsep restoran untuk jenis mewah dan sederhana dengan pemandangan Menara Eiffel.
Terus meningkatkan kualiti dan harga, beberapa restoran turut menyumbang kepada keuntungan muzium.
“Sudah tentu perniagaan ini melibatkan kepentingan kewangan,” akui pengarah operasi acara di Grand Palais, Marjories Lecointre.
“Bagaimanapun, ia bukan semata-mata mengenai keuntungan sahaja. Kami mahu pengunjung berasa seronok dan ingin datang lagi ke muzium ini. Ia adalah sebahagian daripada pengalaman pengunjung,” katanya.
Harga
Muzium Grand Palais mempunyai ruang yang luas dengan pelbagai jenis hiasan serta dewan acara berbumbung kaca pada abad ke-19. Ia tidak jauh dari Champs-Elysees dan dibuka pada tahun 2009, bersebelahan dengan restoran Mini Palais yang dijalankan oleh kumpulan Luderic.
Rangkaian tersebut menawarkan harga tetap menu pada kadar 29 euro (RM115) begitu juga dengan makanan yang lain disediakan oleh cef Eric Frechon.
Acara tahunan persembahan karya kontemporari antarabangsa yang diadakan di Grand Palais, Foire Internationale d’Art Contemporain membawa puluhan pelanggan ke restoran berkenaan.
“Sekalipun tidak ada acara yang dijalankan, kami mempunyai pelanggan Perancis yang datang dari kawasan kejiranan,” kata Frechon yang mengetuai tukang masak di dapur di restoran tiga bintang Epicure di Hotel Bristol Paris.
Cef tiga bintang Michelin, Gerald Passedat, yang telah membuat rangkaian berapa medan selera dan sebuah sekolah memasak di muzium Eropah berkata, ia adalah sangat penting untuk sesebuah restoran muzium melonjakkan identiti.
Passedat telah membuat kajian mengenai perjalanan Guggenheim sebelum dia membuka sekolah MUCEM sebagai pemangkin masakan Mediterranean.
Sehubungan itu, pada bulan ini dia menjemput cef dua bintang dari Rome, Anthony Genovese untuk mengambil bahagian dalam acara mengajar masakan Itali dengan lebih terperinci.
Sumber: Kosmo! Online