Showing posts with label burger. Show all posts
Showing posts with label burger. Show all posts

Kafe Big Daddy Little Chefs

Terletak di Quill City Mall di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, kafe Big Daddy Little Chefs ada kelainan yang tersendiri.

Mula beroperasi sejak 15 Disember 2014, premis yang dimiliki oleh Happikiddo (M) Sdn. Bhd. (Happikiddo) itu menampilkan konsep mesra kanak-kanak, sesuai buat pengunjung yang sudah berkeluarga.

Menurut pemiliknya, Mohd. Faisal Bohari, kekurangan restoran yang bercirikan mesra keluarga di sekitar Kuala Lumpur memberikan dia idea untuk mengusahakan kafe berkenaan.

Mempunyai seorang anak perempuan berusia setahun, Mohd. Faisal cukup memahami perasaan ibu bapa yang tidak berpeluang menjamu selera dalam suasana aman gara-gara terpaksa melayan kerenah anak.

Read More ->>>
Read more...

Filet Ikan Snapper Food

Sebut sahaja ikan air tawar seperti tilapia pasti ramai yang terbayangkan bau hanyir yang sukar untuk dihilangkan.

Situasi itu menyebabkan hanya sesetengah orang yang berselera untuk menikmatinya.

Tetapi berbeza pula bagi syarikat pengeluar produk sejuk beku Snapper Food Sdn. Bhd. yang melihat potensi besar untuk mengembangkan menu berasaskan ikan tilapia seperti sandwic dan burger.

Jika kebiasaannya sandwic menggunakan inti seperti ayam, daging atau telur, syarikat bumiputera ini sebaliknya menampilkan sandwic ikan tilapia.

Read More ->>>
Read more...

Sosej FaS Delicious Foods

Tidak ramai memilih bidang perniagaan sebagai kerjaya utama selepas menamatkan pengajian di universiti.

Kekurangan modal dijadikan alasan meskipun sedar ramai yang hidup mewah dengan kerjaya itu.

Bagi Mohd Helmi Mohd Shaari, dia tidak kisah memilih kerjaya luar bidang, meskipun sedar tindakannya itu menjerat diri jika tersilap langkah. Atas faktor minat, pemegang Ijazah Sarjana Muda Elektrik Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) ini memilih perniagaan makanan segera, me­ngeluarkan produk sosej, burger dan daging kisar.

Pengalaman ayahnya berkhidmat dalam bidang teknologi makanan bersama MARDI lebih 35 tahun memberi sedikit kelebihan kepadanya menceburi bidang itu.

Read More ->>>
Read more...

Friends of SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2015 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::