Karipap Frozen Aaina |
Usia muda bukan penghalang untuk membabitkan diri dalam perniagaan asalkan seseorang itu mempunyai ketekunan dan tidak mudah patah semangat. Itu yang menjadi pegangan Nur Aaina Amirah Kamarul, 20, sejak terbabit dalam bidang restoran makanan tahun lalu.
Dilantik menguruskan operasi Restoran Munif Hijjaz D’Greenwood, dia bijak mengatur langkah memastikan kualiti makanan di restoran itu terus mendapat tempat di hati pelanggan.
Ia termasuk memperkenalkan kuih-muih tradisional di restoran yang terkenal dengan masakan nasi Arab, hidangan Barat, aneka hidangan Thai seperti tomyam kelapa muda serta Sate Kajang Hijjaz (Resipi Abah Kajang).
Ternyata cubaan Aaina membuahkan hasil apabila kuih-muih yang disediakan sama ada ditempah untuk katering mahupun dibeli secara sejuk beku oleh pelanggan terus mendapat tempat terutama karipap kerang.
Pada awalnya dia hanya membantu memasarkan produk sejuk beku yang dihasilkan oleh ibu angkatnya di koperasi dan kantin di sekolahnya sebelum ini.
Apabila melihatkan keuntungan yang diperoleh ketika berniaga, gadis ini mengambil keputusan untuk meluaskan langkah dengan membawa produk sejuk beku berupa kuih-muih seperti karipap, popia, cucur badak, keria, kasturi dan samosa ke restoran berkenaan.
Mementingkan kualiti makanan, produk sejuk beku di bawah label restoran itu adalah produk buatan sendiri yang dihasilkan oleh ibu angkatnya, Saridah Alwi, 45, di rumah.
“Sebelum kami mengambil keputusan untuk memasarkan produk ini, kami mencubanya terlebih dahulu. Setelah yakin dengan kualiti rasa yang sedap, barulah produk itu kami ambil.
“Dalam bidang perniagaan berasaskan makanan, kualiti dan kesedapan makanan memang penting. Jika makanan itu sedap pasti sentiasa ada permintaan.
“Sudah tiga tahun saya merasai sendiri produk dihasilkan ibu angkat dan saya dapati memang tiada kekurangan dari segi rasa, rupa dan keasliannya. Sebab itu saya berani mengambil produk itu dan menjalin kerjasama dengannya bagi memasarkan produk berkenaan secara lebih meluas.
“Karipap kerang misalnya, tentu kita tidak pernah terfikir makanan laut ini juga boleh dijadikan inti. Lama-kelamaan karipap kerang ini terus mendapat perhatian dan sering dipuji kerana keenakannya,” katanya.
Selain itu, keistimewaan karipap kerang ini kerana pembuatannya secara tradisional seperti kelim menggunakan tangan dan setiap jenis karipap dibezakan dengan bentuk kelimnya.
Aaina berkata, jika kebanyakan penjual makanan sejuk beku lain lebih gemar menggunakan alat tertentu untuk membentuk kelim karipap, namun berbeza dengan produk sejuk beku dihasilkannya kerana 100 peratus dibentuk sendiri.
Ini bagi mengekalkan keaslian dan keunikan kuih itu sendiri selain kerana tidak ramai yang tahu teknik mengelim karipap.
Selain itu, sos popia manis yang diperkenalkan turut mendapat sambutan ramai berikutan keaslian dan keenakannya sehingga tempahan yang diterima adakalanya tidak menang tangan.
Aaina berkata, kini pihaknya juga merancang menjual sos popia berkenaan bagi mereka yang berminat sama ada untuk berniaga popia sendiri atau membeli sekali popia keluaran syarikat itu.
Berikutan permintaan yang semakin meningkat saban hari, restoran itu juga berhasrat membuka kilang pembuatan kuih-muih sejuk beku bagi menampung permintaan tinggi terhadap produk itu.
“Dengan kapasiti yang ada sekarang, kami memerlukan tempat yang lebih besar untuk mengeluarkan produk ini serta penyimpanan sedia ada yang terhad juga menyukarkan tugas kita,” katanya.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan produk berkenaan, boleh menghubungi talian 019-3822053 atau pembelian terus di restoran berkenaan.
Sumber: myMetro