Lampin Bambino Mio Miosolo |
Lampin Bambino Mio Miosolo yang boleh dicuci dan dipakai semula berkali-kali bukan saja mesra alam, ia juga mampu menjimatkan wang dan alternatif lebih sihat berbanding lampin pakai buang.
Ia juga datang dalam satu saiz, sesuai untuk semua peringkat usia bayi sejak lahir dan ditawarkan dalam corak serta warna ceria yang menarik.
Lampin berkenaan mampu menyerap cecair dalam kadar yang banyak dan membantu kulit bayi sentiasa berada dalam keadaan kering, sekali gus mengelak masalah ruam lampin.
Pada masa sama, jenama itu turut menawarkan lampin boleh dipakai semula, Bambino Mio Swim Nappy yang sesuai untuk bayi bermain air tanpa membasahkan lampinnya.
Ia dilengkapi lapisan lembut yang tidak memerlukan penggunaan lampin tambahan, kalis bocor dan direka untuk mengelak najis terkeluar.
Bambino Mio Miosolo dijual pada harga runcit RM99 manakala Swim Nappy berharga RM79.
Ia boleh didapati di Aiden-B, Bebe Totz, Bebehaus, Littlewhiz dan semua kedai barangan bayi terkemuka.
Bagi menjaga kebersihan alam sekitar dan mengelak pencemaran bau busuk daripada lampin, jenama itu turut memperkenalkan tong lampin, Ubbi, diperbuat daripada besi yang tidak menyerap bau dan dibalut dengan getah untuk mengelak bau dibebaskan ke kawasan sekeliling.
Ia boleh digunakan sebagai tempat meletakkan lampin kain Ubbi atau beg plastik mampu lupus Ubbi. Hadir dalam enam warna ceria, tong lampin istimewa itu dijual pada harga RM289 dan boleh didapati di Babyland, HappiKiddo, Modern Tots dan semua kedai utama barangan bayi.
Bamboo Bubble Wrap pula alternatif kepada kain muslin yang boleh digunakan untuk membalut tubuh bayi dengan kemas.
Diperbuat daripada material viskos bersumberkan buluh, ia mesra alam, ringan, tahan lasak dan lembut pada kulit bayi.
Ia boleh didapati pada harga RM198 bagi setiap set (tiga helai) manakala selimut Bubble Dream Blanket pula dijual pada RM89 di BB dot com, Happikiddo, The Baby Outlet dan The Baby Loft.
Sumber: myMetro