|
Ternak Ayam Piru Best |
Tempoh matang agak lama antara enam ke tujuh bulan menyebabkan penternakan ayam piru atau ayam belanda kurang mendapat perhatian.
Kos bahan makanan yang meningkat turut menjadi faktor ramai enggan menceburi industri itu.
Berbeza dengan Mohd Zaki Zakaria, sifat berani mencuba sesuatu yang baru menyuntik minatnya mengusahakan penternakan ayam piru.
Pernah berkhidmat dalam bidang perkapalan lebih 10 tahun membuatkan dirinya cekal dalam mengharungi pelbagai risiko.
“Antara faktor yang mendorong pembabitan saya dalam industri penternakan ayam piru ini selepas melihat industri ini kurang diceburi usahawan Bumiputera,” katanya.
Bermula dengan 100 anak ayam piru, usahanya berbaloi apabila ternakannya mendapat sambutan baik pada musim perayaan terutamanya Krismas dan Deepavali.




