Sajian Melayu Pangkin Cafe |
Mencari restoran dengan sajian Melayu asli di ibu kota hari ini agak susah. Kalau adapun, harganya mahal tetapi rasanya ala kadar. Justeru, ramai hilang kepercayaan terhadap ‘janji’ pengusaha kedai makan yang beria-ia mempromosikan lauk-pauk Melayu.
Tidak hairanlah masyarakat bandar sekarang lebih gemar memilih makanan orang Siam seperti tom yam yang bersepah di warung-warung tepi jalan.
Begitupun, masih wujud restoran berkonsep sajian Melayu autentik di lubuk kesibukan Lembah Klang. Pangkin Cafe (Pangkin) antaranya, destinasi terbaharu buat pencinta masakan Melayu asli yang tidak menghampakan.
Ditampilkan dalam dekorasi minimum berserta ruang makan yang luas, Pangkin berjaya menambat selera pelbagai lapisan kaum dalam tempoh tiga bulan operasinya di deretan perkedaian komersial Jalan Radin Bagus, Sri Petaling, Kuala Lumpur.
Pecahan menu klasik berupa nasi kerabu ayam percik, mi kari pangkin dan nasi dagang ulik mayang menjadi tarikan berulang dalam kalangan pengunjungnya.
Konsep ‘selera orang kita’ yang diketengahkan turut membolehkan orang ramai menikmati keenakan pembuka selera seperti paduan roti jala dan kari ayam, keropok lekor Kelantan, cucur udang dan pulut kelapa ikan masin.
Sebagai penyempurna sesi makan-makan anda di Pangkin, variasi pencuci mulut yang terdiri daripada cendol, ais batu campur, pulut mangga dan sago durian dijamin memberi kepuasan penuh kepada pengalaman gastronomi peribadi anda.
Dibuka setiap hari Isnin hingga Sabtu bermula pukul 11 pagi hingga 9 malam, Pangkin bagaimanapun tidak menyediakan nasi campur. Namun mereka yang datang pada waktu siang akan disajikan bersama empat pilihan set makan tengah hari.
Set berharga RM10.90++ itu didatangkan dalam seleksi nasi putih dan ikan pari bakar bersama air asam, ikan kembung masak lemak cili padi rebung, masak lemak cili padi daging salai, tom yam makanan laut atau asam pedas ikan pari.
Utama kualiti
Demi mengekalkan kualiti rasa setiap juadah mereka, Pangkin menggunakan tukang masak yang juga berbangsa Melayu. Para pekerja mereka pula orang tempatan agar perkhidmatan yang ditawarkan berjalan lebih lancar.
Pemilik bersama Pangkin, Muhamad Ishak Said dan Zaylan Abdul Manaf kemudiannya bertindak sebagai pelayan yang mengambil dan menghantar pesanan ke setiap meja pelanggan.
“Sekarang banyak restoran yang tidak menjaga servis layanan mereka. Ramai pengusaha kurang menekankan aspek komunikasi dan hubungan dua hala antara pemilik kedai dan pelanggan.
“Dengan cara ini, kami dapat menerima pandangan, komen, pujian atau teguran secara langsung bagi memudahkan penambahbaikan dilakukan,” kongsi Ishak yang merupakan bekas pramugara Etihad Airways bersama-sama Zaylan.
Berkenaan kuantiti setiap hidangan, ujar Zaylan, Pangkin cuba mengimbangi nilai kuantiti dan kualiti makanan mereka. Namun sejujurnya, mereka memberatkan ciri kuantiti kerana pada akhirnya, rasa makanan itu yang bakal dinilai secara keseluruhan.
Mampu memuatkan 60 orang dalam satu-satu masa untuk ruang dalam dan luar, setiap sajian utama Pangkin dijual pada harga RM10 ke bawah manakala menu lain ditetapkan pada harga bermula RM6.90 sehingga RM10.
Sumber: Kosmo! Online