Showing posts with label blouse. Show all posts
Showing posts with label blouse. Show all posts

Skirt Songket Syaz De’ Closet

Sehelai skirt mampu merubah penampilan anda.

Caranya dengan melakukan teknik suai padan mengikut pilihan warna kemudian gayakan dengan blaus, kemeja atau kemeja-T.

Padanan sebegini tidak hanya untuk menghadiri acara kasual saja, sebaliknya jika kena caranya ia boleh dipakai untuk menghadiri acara rasmi.

Read More ->>>
Read more...

Sulaman Tebuk Butik Arca Creation

Sulaman pada baju tidak akan lekang dek panas atau lapuk dek hujan. Zaman berganti namun sulaman tetap terus diminati. Seni sulaman sesungguhnya satu hasil seni yang begitu indah dan tidak ada tolok bandingnya.

Terdapat pelbagai jenis sulaman seperti sulaman tebuk, sulaman tampal, sulaman kerawang dan banyak lagi. Baju yang dijahit dengan sulaman mengambil masa yang lama untuk disiapkan kerana perlu dibuat dengan begitu teliti dan halus. Justeru tidak hairanlah baju yang dijahit dengan sulaman boleh dijual pada harga yang tinggi.

Read More ->>>
Read more...

Butik Muslimah4U

Berbicara mengenai pakaian Muslimah ia seringkali berkait rapat dengan busana yang longgar, menutup aurat dan selesa.

Industri fesyen Muslimah tempatan yang semakin berkembang menyebabkan permintaan terhadap busana itu semakin tinggi.

Ditambah pula kesedaran dalam kalangan wanita Muslim yang mahu kembali berpakaian sepertimana tuntutan Islam.

Butik Muslimah4U dengan jenama Muslimah4U adalah pilihan yang tepat bagi para wanita yang mahu kelihatan anggun, ceria dan sopan tetapi mementingkan aspek aurat.

Busana Muslimah4U sengaja direka longgar, kemasan jahitan yang ringkas, menutup setiap bahagian aurat wanita dan paling penting tidak menampakkan susuk tubuh wanita.

Read More ->>>
Read more...

Friends of SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2015 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::