Butik Muslimah4U |
Berbicara mengenai pakaian Muslimah ia seringkali berkait rapat dengan busana yang longgar, menutup aurat dan selesa.
Industri fesyen Muslimah tempatan yang semakin berkembang menyebabkan permintaan terhadap busana itu semakin tinggi.
Ditambah pula kesedaran dalam kalangan wanita Muslim yang mahu kembali berpakaian sepertimana tuntutan Islam.
Butik Muslimah4U dengan jenama Muslimah4U adalah pilihan yang tepat bagi para wanita yang mahu kelihatan anggun, ceria dan sopan tetapi mementingkan aspek aurat.
Busana Muslimah4U sengaja direka longgar, kemasan jahitan yang ringkas, menutup setiap bahagian aurat wanita dan paling penting tidak menampakkan susuk tubuh wanita.
Pengarah Urusan Muslimah4U, Ummu Habibah Abdul Rahman berkata, pembabitannya dalam mereka sendiri setiap busana sejak lima tahun lalu, membuatkannya sedar aspek utama dalam busana Muslimah iaitu pakaian yang longgar dan menutup aurat dengan sempurna.
“Butik kami menyediakan pelbagai rangkaian busana Muslimah daripada untuk ke majlis keramaian hingga pakaian harian.
“Malah, tarikan utama butik kami ialah kemeja-T direka khas untuk golongan wanita yang mahu tampil sopan tatkala beriadah,” katanya.
Mengulas mengenai busananya, Ummu Habibah memberitahu, faktor utama yang dititikberatkan ialah setiap baju harus menutup sehingga bawah bahagian pinggul.
Lengannya juga haruslah panjang sehingga melindungi pergelangan tangan dan jahitan yang tidak mengikut susuk tubuh wanita.
Dari segi pemilihan warna pula, koleksi Muslimah4U menawarkan warna-warna terang sesuai untuk golongan muda manakala warna gelap disasarkan untuk mereka yang lebih berumur.
Selain kemeja-T, butik tersebut turut menyediakan blaus dan jubbah.
“Bagi remaja, kami menampilkan rekaan yang bercorak abstrak. Warna juga lebih ceria. Ia boleh dipadankan dengan apa sahaja jenis seluar termasuk jean longgar atau gaun labuh warna senada,” katanya.
Berbicara mengenai perancangan masa hadapan, Ummu Habibah memberitahu, beliau kini merancang untuk menghasilkan pakaian lelaki.
Sumber: Kosmo! Online