Pelumba Cilik Motocross |
Kemampuan terbang di udara menghadirkan rasa kagum para penonton kepada Mohamad Izzul Rafiqqi Mohamad Rozie, 13. Dia tidak gentar untuk beraksi dengan berani di trek motocross.
Remaja yang berasal dari Nibong Tebal, Pulau Pinang itu mempamerkan pelbagai teknik tunggangan motocross yang mampu memberi cabaran kepada pelumba-pelumba profesional yang lain walaupun masih dianggap ‘hijau’ dalam sukan pemotoran itu.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Sheh Barakhbah, Nibong Tebal itu mula menceburkan diri dalam sukan tersebut sejak berumur sembilan tahun dan berkongsi minat sama dengan ayahnya yang juga merupakan seorang pelumba motocross.
Berkat latihan, galakan dan tunjuk ajar daripada ayahnya yang berperanan sebagai jurulatih, Mohamad Izzul Rafiqqi meraih pelbagai kejuaraan di dalam dan luar negara.
Pemilik motocross bernombor 118 itu bukan calang-calang orangnya kerana sehingga kini, dia berjaya berada di ranking pertama dalam kategori junior di Malaysia.
Ikuti temu bual GenK bersama anak kedua daripada tiga beradik itu mengenai kecintaannya terhadap sukan motorcross.
GenK: Apakah yang membuatkan saudara meminati sukan motocross?
MOHAMAD IZZUL RAFIQQI: Saya amat meminati motocross kerana ia merupakan sukan yang ekstrim, mencabar keupayaan, ketahanan mental dan fizikal.
Kecekapan mengawal motosikal semasa menunggang di trek supercross atau trek motocross juga memerlukan saya membuat keputusan yang pantas semasa dalam pertandingan.
Selain itu, ia juga merupakan aktiviti riadah kerana kami sekeluarga meminati sukan ini.
Boleh saudara kongsikan pengalaman kali pertama menunggang motocross?
Pada mulanya, saya berasa agak gementar untuk mengawal jentera motocross tetapi setelah mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada ayah serta kawan-kawan, saya lebih yakin untuk menunggang dengan laju.
Sejak itu, saya telah belajar pelbagai teknik mengawal jentera motocross daripada pelumba-pelumba berpengalaman dari Malaysia dan Thailand.
Sehubungan itu, ia memberi keyakinan kepada saya untuk mengambil keputusan menyertai pelbagai pertandingan di seluruh Malaysia dan Thailand.
Apakah cabaran utama sukan ini?
Cabaran utama ialah perlu bertanding dan bersaing dengan pelumba-pelumba yang lebih berpengalaman serta agresif. Saya perlu bijak melakukan teknik mengawal jentera motocross agar tidak berlanggar dengan pelumba-pelumba lain semasa pertandingan sedang berlangsung.
Boleh ceritakan pengalaman pahit manis sepanjang menyertai sukan ini?
Kenangan manis bagi saya ialah ketika kali pertama dinobatkan sebagai juara di KBS Motocross Championship 2014.
Setelah mengikuti beberapa perlumbaan motocross di Thailand, saya akhirnya dinobatkan sebagai juara pada Thailand Motocross of Nation 2015, (Pusingan 1) di Yala dalam kategori Junior MX.
Sejak itu, saya seolah-olah mendapat satu suntikan semangat sehingga menjuarai hampir semua pertandingan yang saya sertai pada kategori Junior MX iaitu, Perlis Motocross Open 2014, Labu Kubong International Challenge 2015, Kejohanan Motocross Terbuka Negeri Kedah 2015, Malaysian Motocross Series 2015 (Pusingan 1) di Tasik Chini, Pahang, Malaysian Motocross Series 2015 (Pusingan 2) di Putrajaya.
Kenangan pahit pula adalah sewaktu saya terjatuh ketika mula mempelajari motorcross sehingga menyebabkan kecederaan ringan.
Apakah matlamat atau sasaran dalam sukan ini dan cita-cita pada masa akan datang?
Saya berharap untuk mewakili Malaysia dan bersaing dengan pelumba-pelumba dari luar negara di peringkat dunia.
Saya juga berhasrat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan yang berkaitan jentera bermotor sebagai inisiatif bagi merealisasikan impian untuk mewakili Malaysia dalam sukan ini.
Sumber: Kosmo! Online