Aiskrim Tepanyaki Creamy Crush |
Menjadikan aiskrim sebagai makanan kegemaran, siapa sangka dua sahabat karib, Sakinah Ahmad Khairuddin, 22, dan Muhammad Ikmal Shah Fazli, 24, kini mampu menjadikan makanan tersebut sebagai salah satu daripada cabang rezeki mereka.
Menariknya, aiskrim jualan mereka dikenali sebagai aiskrim tepanyaki dan berbeza dengan mana-mana aiskrim yang dijual di pasaran tempatan.
Menurut Sakinah, idea untuk menjual aiskrim tersebut diinspirasikan daripada dirinya dan Ikmal yang gemar mengambil manisan tersebut hampir setiap hari.
“Sejak kecil lagi kami memang begitu menggemari aiskrim. Boleh dikatakan setiap kali selesai makan, kami akan menjadikan aiskrim sebagai pencuci mulut.
“Jadi saya terfikir kenapa tidak jika kami menjual aiskrim,” jelasnya.
Tambah Sakinah, melihat trend aiskrim di pasaran tempatan yang kebanyakannya sama membuatkan dia dan Ikmal terpanggil untuk menjual aiskrim yang unik dan berlainan.
“Jika dilihat sekarang ini, kalau bukan aiskrim potong atau calung, mereka menjual aiskrim jenis yogurt.
“Kebetulan sedang kami sibuk memasang impian untuk menjual aiskrim, saya terjumpa sebuah video mengenai teknik-teknik penghasilan aiskrim tepanyaki di internet. Jadi tanpa berlengah, kami terus membuat kajian mengenai aiskrim tersebut sebelum menemui mesin pembuatan aiskrim ini di internet,” jelasnya.
Bermodalkan wang simpanan RM5,000, Sakinah dan Ikmal kemudian mengambil keputusan untuk membeli mesin pembuatan aiskrim tersebut sebelum menjalankan perniagaan aiskrim tepanyaki.
Tambah Sakinah, biarpun aiskrim itu kelihatan asing di Malaysia, namun ia sebenarnya sudah lama berada di negara ini. Bagaimanapun, aiskrim tepanyaki hanya mampu diperoleh di hotel-hotel tertentu sahaja.
Melihat kepada trend tersebut, Sakinah dan Ikmal mengambil inisiatif untuk membawa masuk aiskrim tersebut supaya ia dapat dinikmati dengan mudah oleh semua lapisan masyarakat.
Tepanyaki
Jelas Sakinah, aiskrim tepanyaki pada asalnya popular dalam kalangan penduduk di Thailand. Bagaimanapun di negara tersebut, ia dikenali sebagai aiskrim gulung.
Berbeza di Malaysia, tambah Sakinah, gelaran tepanyaki diberi terhadap aiskrim tersebut kerana teknik penghasilannya yang memerlukan sebuah kuali leper, sama seperti kuali yang digunakan untuk memanggang ketulan daging tepanyaki.
“Aiskrim ini dihasilkan daripada bancuhan 150 mililiter air dan serbuk aiskrim.
“Ia kemudian diletakkan di atas kuali sejuk sebelum dicincang laju seperti tepanyaki sehingga bertukar perlahan-lahan menjadi ketulan ais. Disebabkan itu, kami menggelarkan aiskrim ini sebagai aiskrim tepanyaki,” jelasnya.
Tambah Sakinah, untuk setiap penghasilan aiskrim, mereka hanya mengambil masa kira-kira dua minit.
Biarpun begitu, menurut Sakinah, aiskrim tersebut mampu bertahan sehingga 15 minit pada suhu bilik sebelum cair.
Ternyata aiskrim itu mempunyai keunikan yang tersendiri. Bukan sahaja memiliki perbezaan yang ketara dari segi nama dan cara pembuatan, malah sajian pencuci mulut itu mempunyai rasa serta tekstur yang berbeza.
Biarpun dihasilkan dalam masa dua minit melalui teknik cincangan, namun tekstur aiskrimnya begitu lembut dan mempunyai keseimbangan rasa yang sempurna.
“Aiskrim ini lebih berkhasiat kerana ia tidak terlalu manis dan menggunakan buah-buahan semula jadi.
“Setiap buah akan dikupas dan dipotong di hadapan pelanggan. Mereka dapat melihat sendiri aiskrim tersebut dicincang menggunakan sudip bersama ketulan aiskrim. Lebih menarik, ketulan buah tersebut mampu dirasai sehingga gigitan yang terakhir,” jelasnya.
Tambah Sakinah, sehingga kini dia menjual aiskrim tersebut dengan lebih 11 perisa seperti mangga, pisang, strawberi, kiwi dan kurma yang dijual harga serendah RM7 setiap satu.
Eksperimen
Melihat kepada kecekapan Ikmal menghasilkan aiskrim tepanyaki, mungkin ramai yang menyangka mereka mengambil masa lebih daripada sebulan untuk mempelajari teknik menghasilkan aiskrim tersebut.
Bagaimanapun menurut Ikmal, dia dan Sakinah tidak pernah menjalani apa-apa latihan sebelum menjual aiskrim tersebut. Sebaliknya latihan dijalankan setiap kali penjualan aiskrim dijalankan.
“Kali pertama menghasilkan aiskrim ini memang memenatkan kerana ia perlu dilakukan dengan pantas sebelum bahan yang digunakan membeku dan sukar untuk dijadikan aiskrim.
“Namun, selepas enam bulan ‘berperang’ dengan sudip dan kuali, saya menjadi semakin mahir dan mampu menghasilkan aiskrim dengan mudah,” jelasnya yang menjual aiskrim tersebut di bawah jenama Creamy Crush.
Tambah Ikmal, memandangkan dia mempunyai pekerjaan lain dan Sakinah pula kini sedang menuntut di Universiti Teknologi Mara, aiskrim tersebut hanya akan dijual apabila mendapat tempahan seperti majlis akikah, rumah terbuka dan lain-lain dengan harga serendah RM149 untuk 100 aiskrim. Bagaimanapun, bagi tujuan demonstrasi, mereka menyewa tapak di Tecso Setia Alam, Shah Alam selama seminggu bermula Isnin lalu.
Sumber: Kosmo! Online