Ombak Beard Oil |
Walaupun usianya masih muda, Hosni Mubarak berjaya merealisasikan impiannya menghasilkan produk sendiri. Anak muda ini yang menjadikan pengalaman jatuh bangunnya sebagai tonggak untuk berjaya.
Ramai remaja memilih bekerja makan gaji daripada menjana pendapatan sendiri. Namun, tidak bagi Hosni Mubarak, 25, yang memang meminati bidang perniagaan sejak di bangku sekolah lagi. Kegagalannya sebanyak tiga kali dalam perniagaan banyak mengajarnya supaya tidak mengulangi kesilapan sama.
Rasa putus asa muncul dalam diri apabila untung perniagaan buat kali ketiga tidak mencapai sasaran. Dari situ, Hosni mula menjadi pengedar minyak jambang sebuah syarikat swasta. Hanya dalam masa tiga hari, dia berjaya menjual 30 botol kepada rakannya dan mencapai sasaran jualan syarikat.
Idea menghasilkan minyak jambang keluaran sendiri tercetus secara tiba-tiba. Fesyen berjambang dalam kalangan remaja pula semakin meluas pada masa kini. Oleh itu, Hosni mencari bahan yang diperlukan dan membaca manfaat minyak jambang di Internet. Lebih kurang tiga bulan membuat kajian baik buruknya minyak jambang, Hosni cuba menghasilkan sendiri minyak jambangnya.
Percaya atau tidak, bermodalkan RM3,000, dia membancuh sendiri formula minyak jambang, pembungkusan dan label jenama hanya di rumah dengan mengikut peratus sukatan bahan semulajadi seperti minyak kelapa dari Internet. Dalam sehari, dia berjaya menghasilkan 330 botol minyak jambang yang kini dikenali dengan nama ‘Ombak Beard Oil’.
Awalnya, penulis sendiri tidak percaya dia menghasilkan sendiri minyak jambang di rumah namun setelah dibuktikan dengan gambar disimpan, penulis akui anak muda ini memang luar biasa.
Menurut Hosni, dia memberi minyak jambang itu kepada saudara lelaki dan rakannya untuk dijadikan testimoni. Apabila dia menerima maklum balas positif, dia mula meletakkan produknya di kedai gunting rambut dan kedai buku agama secara percuma untuk mendapatkan maklum balas daripada orang luar pula. Selain itu, mengiklankan di laman sosial Instagramnya, Ombakwear. Hanya sebulan, produknya mendapat permintaan yang tinggi terutamanya remaja.
Dengan bantuan ahli keluarga, dia membancuh 6,000 botol untuk dipasarkan untuk kali kedua. Namun, hanya setakat itu, dia tidak berdaya untuk membancuh sendiri dan mengupah kilang untuk menghasilkan produknya.
“Ombak Beard Oil bukan untuk melebatkan atau menumbuhkan jambang, tetapi peranannya adalah merapi. Remaja yang membeli minyak ini akan diberitahu minyak ini untuk merapi, lebih kepada penjagaan jambang. Saya juga tiada memberi jaminan kerana kelebatan dan proses penumbuhan lebih bergantung kepada faktor genetik.
“Saya sangat mementingkan kualiti produk supaya pelanggan berpuas hati. Kelainan minyak jambang saya ialah baunya di mana vanila dan lemon digabungkan. Ia akan menimbulkan rasa segar dan yakin kepada pengguna. Hanya berharga RM50 sebotol, semua remaja mampu memilikinya,” katanya.
Kini, produknya bukan saja meluas di Malaysia, bahkan di Indonesia dan juga Brunei. Jika dulu, pendapatan bulanannya hanya RM500 dan tidak mampu untuk memiliki sebiji kereta. Kini, sebulan pendapatannya mencecah RM10,000 dan dia akui pengalaman berniaga sebelum ini banyak mengajarnya erti hidup agar tidak mengulangi kesilapan yang sama.
“Ramai yang bertanya, saya tidak pernah belajar kimia tetapi bagaimana saya mampu menghasilkan formula minyak jambang sendiri. Bagi saya, usaha dan penggunaan akal fikiran yang penting untuk berjaya. Tanpa usaha, kejayaan tidak akan datang bergolek. Remaja hari ini takut untuk mencuba sesuatu yang baru dan sangat mudah putus asa.
“Saya juga tidak akan berjaya seperti hari ini tanpa sokongan dan bantuan daripada keluarga dan rakan-rakan terutamanya Farhan Idris, 23 yang saya ibaratkan dia roda dan saya kereta. Tanpa roda, kereta tidak boleh bergerak begitu juga sebaliknya. Dia adalah tulang belakang saya selama ini dan sangat banyak membantu memperluaskan produk saya,” katanya.
Anak muda ini bukan saja berjaya menghasilkan produk keluarannya sendiri, malahan dia melaburkan keuntungan yang diperoleh dengan membuka sebuah butik pakaian lelaki di tepi sungai Melaka. Justeru, bercadang membuat baju jenamanya sendiri dalam masa terdekat ini.
Sumber: myMetro