Nelayan Kerapu Gergasi |
Ikan kerapu yang dijual lebih RM10,000 itu menjadi rebutan pengusaha restoran di bandar ini selain turut menjadi tumpuan orang ramai yang tidak melepaskan peluang melihat ikan bersaiz luar biasa terbabit.
Pembeli bertuah yang juga pengusaha makanan laut, Ah Tai Chian, 55, berkata, dia gembira apabila berjaya membeli ikan kerapu itu walaupun terpaksa berebut dengan pengusaha restoran lain.
“Ramai yang tidak ingin melepaskan peluang membeli ikan ini kerana ia satu yang pelik dan dipercayai membawa tuah kepada pembeli serta orang yang memakannya.
“Saya tidak kisah walaupun terpaksa menghabiskan wang ribuan ringgit asalkan ikan ini menjadi milik saya,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Sumber: myMetro
Ikan Kerapu Pisang
Ikan Kerapu Pisang atau juga dikenali sebagai Ikan Kerapu Sunuh (nama saintifik Plectropomus maculatus) merupakan sejenis ikan air masin. Ia terdapat dalam aturan Perciformes keluarga Serranidae.
Ikan Kerapu Pisang merupakan spesis ikan kerapu yang biasa ditemui diperairan Malaysia. Ianya juga pernah menjadi salah satu spesis popular untuk ternakan pada awal tahun 1990-an yang lalu sebelum digantikan dengan spesis-spesis baharu dan lebih tinggi nilai pasarannya dalam industri ternakan marin.
Pada masa yang lalu, ianya dianggap satu spesis pilihan yang lebih baik berbanding ikan Kerapu Botol.
Ikan Kerapu Bara
Ikan Kerapu Bara atau nama saintifiknya Cephalopholis sonnerati merupakan sejenis ikan air masin.
Ikan Kerapu Bara merupakan ikan badan tebal dengan bonggol di bahagian kepala. Ia mempunyai warna merah kepada kuning bata-merah atau perang, kdang-kala dengan tompok perang, merah atau putih. Ia mampu membesar sehingga sepanjang 58 cm.
Spesies (benthic) tinggal di kawasan terumbu karang dan air tropika Timur-Indo dan Tengah Pasifik, pada kedalaman antara 30 m hingga 100 m.
Ikan Kerapu Balong
Ikan Kerapu Balong atau nama saintifiknya Epinephelus coioides merupakan sejenis ikan air masin. Ia merupakan ikan dalam keluarga Serranidae. Ia terdapat di Australia, Bahrain, Bangladesh, Brunei, Kemboja, China, Djibouti, Eritrea, Fiji, Hong Kong, India, Indonesia, Iran, Iraq, Israel, Jepun, Jordan, Kenya, Kuwait, Macau, Malaysia, Mauritius, Mesir,Micronesia, Mozambique, New Caledonia, Oman, Pakistan, Palau, Papua New Guinea, Filipina, Qatar, RĂ©union, Arab Saudi, Singapura, Somalia, Afrika Selatan, Sri Lanka, Sudan, Taiwan, Tanzania, Thailand, Amiriah Arab Bersatu, Vietnam, dan Yaman.
Habitat semula jadinya adalah kawasan subtropika atau hutan bakau tropika, laut terbuka, laut cetek, dasar laut subtidal, terumbu karang, air payau, dataran antara pasang-surut, dan teluk persisiran masin. Ia terancam oleh kehilangan habitat.
Ikan Kerapu Pulut
Ikan Kerapu Pulut atau nama sainsnya Epinephelus epistictus merupakan sejenis ikan air masin.
Sumber: Wikipedia