Seni Lakaran Secawan Kopi |
Setiap cawan kopi yang disediakan di kafe atau kedai kopi bertaraf premium amat mementingkan cara penyediaan selain kreativiti bagi menarik perhatian pelanggan.
Salah satu trend yang popular adalah menghasilkan lakaran dan reka bentuk unik di atas permukaan kopi.
Bagaimanapun, bukan sesuatu yang mudah untuk menghasilkan lakaran tersebut kerana memerlukan kemahiran, kepakaran serta kesabaran yang tinggi.
Menurut Eksekutif Pelatih Gloria Jeans Coffees, Rozaidi Hassan, 29, terdapat dua jenis bentuk lakaran yang diketengahkan iaitu teknik curahan dan pusaran.
“Teknik curahan dapat menghasilkan beberapa bentuk seperti daun, art shape dan tulip. Tiga bentuk ini antara yang popular dan mudah untuk diukir pada permukaan air kopi.
“Bentuk pusaran pula lebih rumit kerana menggunakan satu termometer tajam bagi menghasilkan beberapa bentuk seni halus seperti bunga, abstrak dan corak,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Menurut Rozaidi, pelanggan tidak akan dikenakan caj tambahan meskipun mereka diberi peluang memilih jenis lukisan pada permukaan air kopi yang dibeli.
“Kami menyediakan perkhidmatan ini bagi mengikut perkembangan semasa selain menjadi tarikan terhadap produk yang berasaskan kopi.
“Perkara ini sudah menjadi kemestian bagi semua pengusaha kopi yang terkenal,” katanya.
Ujarnya, untuk memahirkan diri dengan teknik menghias kopi memerlukan latihan serta pembelajaran berterusan.
“Tugas tersebut bukan mudah malah memerlukan masa sekurang-kurangnya tiga bulan untuk mahir menghasilkan lukisan asas,” ujarnya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Gloria Jeans Coffees, Fauzi Awang berkata, lakaran yang menarik di permukaan kopi memberi kelainan kepada penggemar setiap kali menghirup minuman itu.
“Kami telah lama memperkenalkan seni ini kerana mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan. Bagaimanapun, ia hanya boleh dibuat pada permukaan produk air kopi panas,” katanya.
Sumber: Utusan Online