Kereta Lembu Batu Gajah Perak |
Dalam kesibukan bandar Batu Gajah, Perak dipenuhi dengan kenderaan yang berpusu-pusu di atas jalan raya, terlihat sebuah kenderaan kayu yang masih kukuh bergerak dengan kudrat tenaga dua ekor lembu.
Sosok polos seorang lelaki berusia lebih setengah abad kelihatan sedang mengendalikan kereta lembu yang pada dasarnya merupakan simbolik bagi negeri Melaka.
Lelaki tersebut yang bekerja sebagai pencari kayu berasal dari Kampung Air Mati, Batu Gajah, Gurmit Hardev, 55, masih mengekalkan warisan turun-temurun keluarganya dalam mengendalikan kereta dengan kudrat haiwan peliharaannya selama lebih 20 tahun.
Walaupun kereta lembu jarang ditemui di atas jalan raya ketika ini, Gurmit kelihatan lebih selesa menggunakan kenderaan tradisi tersebut sebagai kenderaan utamanya sama ada untuk pergi mencari kayu atau sekadar ke kedai membeli keperluan harian.
Menurutnya, walaupun kenderaan hari ini sudah semakin maju dan moden, dia tidak pernah malu untuk ke mana-mana sahaja menggunakan kereta lembu miliknya di atas jalan raya.
“Saya akan mula meredah hutan belukar bermula awal pagi bagi mencari kayu api dengan meraih upah sebanyak RM30 sekiranya ada tempahan untuknya.
“Dari kediaman saya hingga ke bandar Batu Gajah, saya lebih selesa menggunakan kereta lembu biarpun ada kalanya menjadi perhatian orang ramai di sekitar jalan raya,” katanya.
Bapa kepada tujuh orang anak hasil daripada perkongsian hidup bersama isteri tercinta, Anjarna Sharma, 50, turut mengakui bahawa dengan pendapatan sebegitu amat sukar baginya untuk menampung kehidupan.
Sejak umur 10 tahun, Gurmit sudah mula membantu ibu bapanya memelihara lembu dan mencari kayu api sebagai sumber pendapatan mereka.
Walaupun meraih pendapatan yang kecil, dia amat bersyukur dengan pemberian yang dikurniakan malah sekiranya tiba musim cuti sekolah, rezekinya akan bertambah berikutan ramai orang yang menempah kayu api untuk majlis kenduri.
“Musim cuti sekolah, orang mula sibuk untuk melangsungkan majlis keraian khususnya kenduri kahwin. Ketika itu, barulah pendapatan saya sedikit bertambah berikutan tempahan kayu api yang meningkat,” jelasnya.
Di rumah pusaka yang usang, tempat Gurmit sekeluarga berteduh, menyentuh hati setiap mata yang memandang tatkala melihat sebahagian besar bumbung yang bocor ditembusi cahaya matahari dan kayu rumah reput dimamah anai-anai.
Walaupun menjalani kehidupan yang sukar, Gurmit tidak pernah mengeluh malah dia sentiasa tabah mengharungi ranjau kehidupan dengan niat tulus ikhlas memerah kudrat empat kerat untuk meneruskan kelangsungan hidup bersama keluarga tercinta.
Sumber: Kosmo! Online