Karya Seni Ukiran Cermin |
Tidak seperti karya-karya seni lain, ukiran cermin memerlukan ketelitian dan langkah-langkah keselamatan diberi keutamaan kerana sedikit kesilapan pasti menyebabkan kecederaan serta mencacatkan karya yang bakal dihasilkan.
Namun, perkara itu tidak menghalang Sirajudeen Kamal Batcha, 31, untuk aktif berkarya menggunakan cermin.
Pemuda itu memilih karya ukiran cermin kerana ingin membuat kelainan dan membina identiti tersendiri dalam industri karya seni visual tanah air.
Sirajudeen berkata, sehingga kini, hanya dia seorang yang aktif menghasilkan karya tersebut kerana kesukaran menguasai kemahiran mengukir cermin.
“Menguasai seni ukiran cermin sangat rumit kerana memerlukan ketelitian dan kesabaran yang tinggi berbanding karya-karya seni visual lain.
“Jika tersilap teknik akan menyebabkan cermin pecah dan perlu mengulangi semula hasil karya itu dengan cermin yang baharu. Jika nasib tidak menyebelahi kita, ia akan mendatangkan kecederaan,” kata anak kelahiran Kedah itu.
Berbekalkan minat dan semangat ingin mencabar diri, dia mendalami ilmu mengukir secara bersendirian tanpa mendapat pendidikan yang khusus dalam bidang itu kerana tiada kelas mengajar seni ukiran tersebut di negara ini.
Katanya, bagi pengukir yang baharu, mereka perlu membuat latihan di atas kertas tebal atau mounthing board terlebih dahulu sebagai latihan asas untuk melembutkan tangan sebelum mengukir di atas permukaan cermin yang keras.
Akui Sirajudeen, dia bekerja keras selama dua tahun untuk memperoleh kemahiran mengukir cermin dengan sempurna hanya melalui latihan tanpa henti dan pemerhatian.
Kini, setelah tujuh tahun menjadi pengukir sepenuh masa, dia mampu tersenyum lebar apabila mendapat pelbagai anugerah antaranya, karya ukiran cermin terpanjang di Malaysia, Asia dan dunia oleh Malaysia Book of Records, Asia Book Of Records dan Official World Record iaitu 66 meter.
Lebih halus
Sementara itu, dia turut menggunakan bantuan teknologi seperti perisian komputer untuk mereka bentuk sesuatu visual sebelum karya ukirannya dapat dihasilkan dengan lebih halus.
“Setiap ukiran mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu untuk dihasilkan bergantung kepada saiz dan reka bentuk.
“Bagi memastikan kualiti ukiran baik, saya memilih cermin dengan ketebalan lima milimeter kerana tidak mudah pecah dan daya tahan hentak yang lebih tinggi,” katanya.
Ukiran cermin sangat istimewa bagi Sirajudeen kerana ia akan menjadi refleksi kepada imej diri, sekali gus membalikkan bayangan kepada orang yang melihatnya untuk berfikir dengan lebih mendalam.
Jelasnya, dia sangat seronok menghasilkan seni ukiran cermin kerana kesukaran yang menguji kesabaran dan kreativiti seorang pengukir.
“Selain berdepan dengan cermin yang bakal pecah dan pisau tajam. Pengukir juga perlu berhati-hati dengan debu cermin. Pemakaian topeng muka sangat diperlukan atas faktor-faktor keselamatan.
“Pengukir cermin perlu berhenti seketika selepas 10 jam berkarya dan banyak minum air untuk membersihkan kerongkong serta paru-paru,” kata anak bongsu daripada empat beradik.
Dalam menghasilkan karya ukiran cermin, Sirajudeen mengetengahkan tema mengikut isu-isu semasa kerana ia memberi impak kepada masyarakat dan mengabadikan momen itu untuk tatapan generasi akan datang.
Antaranya adalah, karya bertajuk Tragedi 239 yang mengabadikan misteri kehilangan pesawat MH370 bersama 239 orang penumpang dan kru pada tahun 2014.
Ukiran yang berukuran 68.8x145.3 sentimeter dan berharga RM10,000 itu mengambil masa seminggu untuk mengukir cermin dan tiga minggu bagi menyiapkan latar belakangnya.
Karya itu menunjukkan seolah-olah pesawat berkenaan berada di atas awam dan dalam laut yang meninggalkan misteri sehingga kini.
Tambah Sirajudeen, pada tahun ini dia merancang untuk mencatat rekod baharu dengan menghasilkan ukiran cermin terbesar yang berkonsepkan panorama Malaysia.
“Hasil karya itu akan diletakkan di tempat awam sebagai tarikan pelancong dan semua lapisan masyarakat boleh menghayati seni ukiran cermin,” ujarnya yang memerlukan masa tiga bulan untuk menyiapkan ukiran tersebut.
Pada masa akan datang, Sirajudeen merancang untuk membuka kelas mengukir cermin supaya ada generasi pelapis dan seni tersebut tidak hilang begitu sahaja.
Dalam pada itu, dia turut menerima tempahan ukiran cermin daripada orang perseorangan dan organisasi untuk dijadikan perhiasan, dekorasi dalaman rumah serta pejabat.
Sebarang tempahan dan maklumat lanjut mengenai karya ukiran cermin boleh dibuat menerusi Facebook miliknya iaitu www.facebook.com/MirrorCarving
Sumber: Kosmo! Online