Buku Travelog - Lihat Langit Tinggi Menggapai Impian Aiman |
Cabaran membesarkan cahaya mata sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi. Tugas itu menjadi lebih mencabar apabila ibu bapa dikurniakan cahaya mata istimewa atau tergolong dalam kalangan orang kelainan upaya (OKU).
Berkongsi kisah suka duka membesarkan anak OKU yang menghidap cerebral palsy diabadikan dalam sebuah buku travelog kisah benar, Lihat Langit Tinggi: Menggapai Impian Aiman hasil nukilan seorang ibu, Afidah Ayob.
Buku ini menceritakan lima tahun pertama pengalaman Afidah membesarkan anaknya, Muhammad Aiman Mohd. Hisham yang kini berusia enam tahun.
“Ini adalah buku pertama saya. Sebelum ini, saya hanya menulis blog iaitu Timang Tinggi-Tinggi sejak tahun 2011. Di samping itu, saya turut rajin mengemas kini keadaan Aiman di laman sosial Facebook.
“Saya ditawarkan oleh Hassan Suyut iaitu penulis buku mengenai kanak-kanak cerebral palsy, Kembara Atiq Waziq yang saya kenali melalui Facebook. Kami tidak pernah berjumpa dan dia meminta saya untuk berkongsi kisah Aiman dalam bentuk buku,” kata Afidah ketika ditemui pada majlis pelancaran buku tersebut di Shah Alam Selangor baru-baru ini.
Kekurangan buku mengenai kisah kanak-kanak penghidap cerebral palsy dalam negara memberikan semangat kepada Afidah untuk menghasilkan buku tersebut bagi berkongsi pengalaman menjaga anak istimewa kepada orang ramai.
Kisah di dalam buku yang mengandungi 29 bab itu digarap berdasarkan artikel yang dimuat naik ke dalam blog miliknya.
“Idea datang daripada garapan tulisan-tulisan saya di blog dan saya kembangkan serta perincikan lagi setiap peristiwa yang berlaku kepada Aiman dan kami sekeluarga.
“Buku ini lebih ditumpukan kepada perjalanan Aiman dalam menjalani terapi di merata tempat sehingga lokasi terakhir di Singapura sebelum pulang semula ke tanah air.
Penyusunan
“Selain itu, saya turut menyenaraikan garis panduan penjagaan anak istimewa dan senarai terapi yang boleh diamalkan bagi merawat dan memulihkan mereka,” ujarnya.
Ditulis dari hati, Afidah tidak merujuk banyak buku sebagai panduan untuk menghasilkan naskhah tersebut, sebaliknya hanya meminta nasihat daripada penulis-penulis novel tempatan yang berpengalaman dalam bidang penulisan kreatif serta motivasi.
“Penyusunan cerita dalam buku ini bermula dari Aiman lahir sehingga kami mendapat tahu dia menghidap cerebral palsy. Ia turut memuatkan rawatan-rawatan pemulihan yang kami berikan kepadanya dan kami sekeluarga ke Tanah Suci menunaikan umrah.
“Kami pergi ke Tanah Suci tanpa menggunakan khidmat ejen. Segala urusan berkaitan menempah tiket kapal terbang hingga penginapan, kami uruskan sendiri dan hanya bertawakal kepada Allah,” jelasnya.
Peristiwa mencemaskan yang sangat memberi kesan kepada mereka sekeluarga diceritakan dalam bahagian Langit 13 bertajuk Biru.
Kisah tersebut berlaku pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri 2012. Ketika itu, Aiman diserang sawan yang menyebabkan dia tidak sedarkan diri dan bibirnya menjadi kebiruan, manakala tubuhnya kekuningan seolah-olah tidak bernyawa.
Walaupun badannya ditepuk-tepuk banyak kali namun dia tidak memberikan sebarang respons.
“Itu adalah kali pertama kami menghadapi situasi tersebut. Perasaan saya pada masa itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata kerana terlalu takut dan sedih. Bermacam-macam memori yang kami kongsi bersama mula menerjah ke ingatan saya.
“Dalam bab itu, saya menceritakan salah satu cara alternatif untuk merawat Aiman selain bekalan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor,” katanya.
Sementara itu, dia turut berharap agar pembaca sama ada yang mempunyai anak istimewa atau ditimpa musibah sentiasa muhasabah diri.
Katanya, setiap orang mempunyai ujian hidup yang tersendiri dan tempuhi dengan sabar
Sumber: Kosmo! Online