Kempen Pertanian Bandar |
Kempen Pertanian Bandar yang dilancarkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Mei 2014 di Putrajaya mempunyai objektif yang sama seperti Program Jom Bertani iaitu menggalakkan orang ramai menjalankan aktiviti bercucuk tanam untuk keperluan harian.
Perbezaannya adalah kempen Pertanian Bandar disasarkan kepada penduduk sekitar bandar dan pinggir bandar.
Aktiviti pertanian bandar ini melibatkan penanaman di kawasan perumahan individu, komuniti dan institusi seperti syarikat, agensi kerajaan serta sekolah.
Lazimnya, taman-taman perumahan dan apartmen dikekang oleh ruang yang sangat terhad. Bagi mengatasi masalah tersebut, aktiviti pertanian bandar boleh dilaksanakan melalui beberapa kaedah.
Kaedah-kaedah yang disyorkan:
1. Taman edibel
Taman edibel adalah satu konsep yang menggabungkan tanaman makanan dan tanaman hiasan mengikut nisbah 70:30 iaitu 70 peratus tanaman makanan dan 30 peratus tanaman hiasan atau 50:50.
Selain menjadikan persekitaran kelihatan menarik, gabungan ini juga boleh menjadi sumber makanan segar, berkhasiat dan selamat dimakan. Kebiasaannya, jenis tanaman yang boleh ditanam adalah sayur-sayuran berdaun dan buah serta tanaman herba seperti serai, kunyit, kari, pandan dan pokok limau kerana ia adalah tanaman yang lasak dan penyelenggaraan yang agak mudah.
2. Penanaman dalam pasu
Bagi kawasan rumah kediaman yang mempunyai ruang persekitaran agak sempit, penanaman sayuran dan herba sesuai ditanam dalam polibeg, pasu dan barangan terpakai.
Konsep kitar semula barangan terpakai sesuai dipraktikkan di kediaman dengan menjadikan botol plastik, bekas air minuman, tong dan tin sebagai bekas tanaman manakala bahan buangan sisa dapur boleh diproses menjadi baja kompos dan bahan kawalan serangga. Aktiviti ini dapat menjimatkan kos input pertanian dan menggalakkan orang ramai untuk berkreativiti.
3. Aplikasi teknologi moden
Beberapa teknologi moden boleh diaplikasikan di kawasan kediaman yang sempit seperti teknologi fertigasi, Nutrient Film Technique (NFT) dan piskiponik.
Teknologi fertigasi adalah satu kaedah penanaman iaitu baja dalam bentuk larutan disalurkan melalui sistem pengairan, manakala NFT adalah teknik hidroponik (tanaman sayur-sayuran tanpa tanah) iaitu baja dalam bentuk larutan dialirkan melalui satu kitaran saluran bersambung.
Piskiponik pula adalah kombinasi aktiviti akuakultur (ternakan ikan dalam kurungan) dan teknik hidroponik yang sangat mudah dan menjimatkan.
Hasil sedikit pengubahsuaian, semua teknologi ini boleh diaplikasikan di kawasan kediaman yang terhad, sempit dan tiada tanah untuk bertani.
Selain itu, penggunaan teknologi ini memudahkan orang ramai untuk penyelenggaraan tanaman terutamanya bagi mereka yang sibuk bekerja dan tiada masa untuk menyiram serta membaja tanaman.
Faedah pertanian bandar
1. Meringankan kos sara hidup harian.
2. Jaminan keselamatan makanan tanpa penggunaan bahan kimia berbahaya.
3. Kebersihan persekitaran dengan mengitar semula sisa domestik menjadi baja kompos.
4. Menyumbang kepada keceriaan landskap dan udara segar kepada persekitaran bandar.
5. Boleh dijadikan aktiviti riadah bersama keluarga dan komuniti setempat.
6. Mengeratkan perhubungan sosial melalui kebun komuniti.
Insentif penyertaan
Bagi menggalakkan penghuni-penghuni kota menyertai kempen pertanian bandar ini, pihak Jabatan Pertanian telah menyediakan beberapa insentif permulaan projek. Insentif-insentif ini adalah berupa benih atau bahan tanaman, input pertanian, peralatan kecil pertanian serta kerja-kerja penyediaan kawasan.
Selain itu, Jabatan Pertanian juga sedia memberikan khidmat nasihat teknikal dan kursus-kursus yang berkaitan kepada individu serta komuniti yang ingin menyertai kempen ini.
Syarat-syarat permohonan program pertanian bandar
1. Peserta terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
2. Menetap di kawasan bandar, pinggir bandar, berminat dan berkemampuan untuk melaksanakan projek tanaman.
3. Kelulusan permohonan untuk menjalankan lebih daripada satu jenis projek tertakluk kepada pertimbangan Jabatan Pertanian di peringkat negeri.
Sumber: Kosmo! Online