Koleksi Tudung Ellezada |
Berdepan dilema stereotaip fesyen Muslimah yang tidak berkembang mengikut peredaran zaman dan kurang memenuhi selera wanita semasa, Elliyin Rasif, 27, terdorong mengambil inisiatif mencipta tudung yang labuh trendy dan 100 peratus mengikut syariah.
Koleksi tudung labuh itu ditawarkan di Butik Ellezada yang berpangkalan di Dataran Wangsa, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.
Segala-galanya bermula ketika pengasas butik Ellezada yang mesra disapa Elle itu berada pada tahun akhir pengajian dalam jurusan seni bina di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Dia yang ingin berubah kepada imej bertudung labuh menemui jalan buntu apabila tiada potongan menepati cita rasanya.
Hampa dengan keadaan itu, Elle bertekad mencipta rekaan tudung ekspres sulungnya dan dipakai ketika menghadiri kuliah.
Saat kaki mengatur langkah ke fakulti, penampilan bersama tudung hasil rekaan sendiri itu berjaya mencuri perhatian para pelajar wanita lain.
“Ramai yang bertanya di mana mereka boleh dapatkan tudung tersebut. Malah, mereka turut teruja dengan rekaan ringkas tetapi kelihatan urban dan korporat itu.
“Ini kerana, bidang seni bina memerlukan kami tampil rapi dan korporat untuk berdepan dengan klien.
“Permintaan yang tinggi menyedarkan saya bahawa ramai individu berdepan dilema ketika ingin bertudung labuh dan dalam masa sama mahu kelihatan cantik,” ujarnya.
Jelas Elle, keadaan itu menyebabkan dia terpanggil untuk memenuhi permintaan pasaran tudung labuh dalam kalangan wanita yang ingin tampil Muslimah.
Bermula secara kecil-kecilan, Elle mengeluarkan kelompok pertama tudung yang dihasilkan dari kamar tidur. Namun, bisnes itu berkembang dan mendapat permintaan tinggi sehingga berjaya membuka butik pertama pada April tahun lalu.
Ellezada yang menggabungkan nama dua pasangan sejoli, Elle dan suaminya Zada atau nama sebenar Shahzada Khan Nawab Khan, 27, mengorak langkah dengan cemerlang dalam industri fesyen Muslimah.
Permintaan tinggi
Mengangkat prinsip jualan yang mematuhi syariah, berpatutan dan mengikut trend, Ellezada turut menjadi contoh usahawan Muslim yang berjaya apabila produk mereka menembusi pasaran Asia termasuk Brunei, Singapura dan Indonesia.
Produk Muslimah itu turut mendapat permintaan tinggi di negara-negara yang mempunyai wanita Muslimah seperti Dubai, Qatar, London, Sweden, Switzerland dan Korea Selatan.
Pakaian dan tudung rekaan Elle tidak bersifat eksentrik sebaliknya selesa dengan stail ringkas tetapi elegan.
Dia lebih selesa memilih warna-warna pastel dan bermain dengan material fabrik sejuk antaranya seperti sifon, satin Roberto Caverli, krepe, krepe moss dan likra.
“Bagi menambahkan nilai keanggunan dan tampil lebih jelita, kami akan menyuntik sedikit elemen kreatif seperti renda, labuci dan gubahan bunga mawar untuk diadunkan dalam koleksi itu.
“Ia sesuai digayakan untuk majlis keraian agar tampak berbeza,” jelas ibu kepada seorang puteri itu.
Tambahnya lagi, dia akan mengeluarkan rekaan prototaip terlebih dahulu sebelum sesebuah koleksi itu dijual. Ia bagi memastikan hanya produk terbaik disediakan kepada pelanggan selain menjaga kualiti Ellezada.
Walaupun terdapat banyak butik berkonsepkan Muslimah, Elle tidak melihat ia sebagai satu persaingan. Sebaliknya, dia meraikannya dan perasaan bangga kerana industri fesyen Muslimah semakin berkembang, sekali gus merubah persepsi dunia terhadap wanita Islam.
Sumber: Kosmo! Online