Peranti Akustik Mengesan Nyamuk Aedes |
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam proses membangunkan gajet atau peranti untuk mengesan kehadiran nyamuk aedes betina bertujuan mengurangkan wabak denggi.
Pengarah Institut Kejuruteraan Nano Elektronik UniMAP, Profesor Dr. Uda Hashim berkata, peranti itu boleh mengesan kehadiran nyamuk aedes betina berasaskan gelombang akustik yang dihasilkan menerusi bunyi sayapnya.
Ia adalah hasil gabungan penggunaan teknologi nano dalam kejuruteraan elektronik.
Peranti akustik yang dihasilkan kelak adalah mudah alih, praktikal dan mampu dimiliki oleh orang ramai.
Peranti akustik berkenaan juga peka kepada bunyi sayap nyamuk aedes betina dan akan digabungkan dengan sistem kawalan tanpa wayar yang akan menghantar maklumat ke pusat pengumpulan data utama sama ada di rumah atau di pusat-pusat kawalan nyamuk atau vektor berdekatan.
Kaedah ini dapat membantu Kementerian Kesihatan memantau nyamuk aedes secara menyeluruh.
Menerusi peranti tersebut kementerian tersebut memantau dari sebuah rumah ke sebuah rumah.
“Kita dapati, Kementerian Kesihatan hanya mengambil langkah memantau nyamuk aedes di sesebuah kawasan selepas kes denggi dilaporkan.
“Menerusi alat ini, kami berharap langkah awal dapat diambil selepas mengesan kehadiran nyamuk aedes betina bukannya selepas penyakit dilaporkan,” jelasnya.
Sehingga kini, terdapat banyak pendekatan yang digunakan bagi mengawal populasi nyamuk aedes.
Antaranya, kawalan secara biologikal, fizikal, kimia, pengurangan sumber pembiakan nyamuk dan pengurusan vektor yang bersepadu.
“Kementerian Kesihatan telah melaksanakan pelbagai cara untuk mengawal wabak ini. Disebabkan belum ada lagi vaksin yang boleh memulihkan pesakit denggi, cara terbaik adalah dengan mengawal tempat pembiakan nyamuk aedes.
“Ia adalah yang pertama seumpamanya di dunia dan kita mengharapkan peranti akustik yang dibangunkan ini dapat membantu mengurangkan masalah denggi yang semakin meningkat,” kata Uda.
Jelas beliau, peranti tersebut dalam proses pembangunan dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun hadapan.
“Proses pembinaan baru siap 30 peratus dan kami jangka ia akan berada di pasaran pada tahun hadapan.
Sehingga Januari lalu, kes denggi seperti yang dilaporkan dalam laman web iDenggi masih terus meningkat dan mencapai lebih 2,600 kes dengan lapan kematian di seluruh negara.
Tahun lepas sahaja angka kematian akibat kes denggi di seluruh negara meningkat 224 peratus.
Mangsa yang terkorban akibat denggi direkodkan 199 orang berbanding 88 kematian pada 2013.
Sumber: Kosmo! Online