|
Kopi Superbest Power |
Aroma serbuk kopi yang diimport khas dari Brazil menerpa ke dalam rongga hidung kru Jurnal tatkala kami melangkah ke sebuah kilang pemprosesan kopi di Damansara Damai, Selangor.
Cuaca dingin pada petang Khamis lalu seakan-akan tepat pada masanya apabila kru Jurnal dihidangkan dengan secawan kopi kesihatan jenama Superbest Power.
Baunya sahaja sudah cukup membangkitkan rasa. Peluang merasai sendiri keenakan rasa kopi yang baru sahaja diadun di kilang tersebut tidak dilepaskan.
Segala-galanya dirasakan mencukupi baik dari segi rasa, warna dan teksturnya kerana kopi itu tidak perlu lagi ditambah susu atau gula.
Read More ->>>
Read more...



