Showing posts with label handphone accesories. Show all posts
Showing posts with label handphone accesories. Show all posts

Online Gadjet Hulala Shop

Pengarah Urusan Tera Trade, Mohammad Basyeer Mohammad Fauzi, 23, memberitahu, kedai gajet dalam talian, Hulala Shop yang ditubuhkan sejak tiga tahun lalu semakin dikenali dan berjaya meraih kepercayaan pengguna setelah ramai yang berpuas hati dengan layanan mesra yang diamalkannya.

Percaya atau tidak, Mohammad Basyeer menguruskan perniagaannya secara berdua sahaja dengan sepupunya, Mohd. Fitri Surizan, 22, dan mampu meraih pendapatan lumayan. Rahsia kejayaannya adalah menerusi strategi mencari seberapa banyak ejen jualan yang berminat untuk mempromosi barangan miliknya di laman sosial masing-masing.

“Ejen tidak perlu mengeluarkan modal untuk membeli stok aksesori telefon dan gajet. Mereka boleh lakukan promosi secara sambilan atau sepenuh masa.

“Mereka hanya perlu menggunakan kreativiti masing-maising untuk mencari pelanggan dan menghantar tempahan kepada saya menerusi e-mel. Tugas selanjutnya saya yang akan lakukan sehinggalah barangan selamat sampai kepada pelanggan,” ujarnya yang kini sudah mempunyai 342 ejen di bawahnya dalam tempoh tujuh bulan.

Read More ->>>
Read more...

Friends of SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2015 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::