Online Gadjet Hulala Shop |
Pengarah Urusan Tera Trade, Mohammad Basyeer Mohammad Fauzi, 23, memberitahu, kedai gajet dalam talian, Hulala Shop yang ditubuhkan sejak tiga tahun lalu semakin dikenali dan berjaya meraih kepercayaan pengguna setelah ramai yang berpuas hati dengan layanan mesra yang diamalkannya.
Percaya atau tidak, Mohammad Basyeer menguruskan perniagaannya secara berdua sahaja dengan sepupunya, Mohd. Fitri Surizan, 22, dan mampu meraih pendapatan lumayan. Rahsia kejayaannya adalah menerusi strategi mencari seberapa banyak ejen jualan yang berminat untuk mempromosi barangan miliknya di laman sosial masing-masing.
“Ejen tidak perlu mengeluarkan modal untuk membeli stok aksesori telefon dan gajet. Mereka boleh lakukan promosi secara sambilan atau sepenuh masa.
“Mereka hanya perlu menggunakan kreativiti masing-maising untuk mencari pelanggan dan menghantar tempahan kepada saya menerusi e-mel. Tugas selanjutnya saya yang akan lakukan sehinggalah barangan selamat sampai kepada pelanggan,” ujarnya yang kini sudah mempunyai 342 ejen di bawahnya dalam tempoh tujuh bulan.
Antara barangan yang dijual di Hulala Shop ialah aksesori audio, monopod, powerbank, pembesar suara, sarung pelindung telefon bimbit lasak dan kalis air serta lensa kamera telefon.
Kebanyakan pelanggan mengetahui tentang Hulala Shop menerusi laman sosial Facebook, Instagram dan laman web rasmi kedai tersebut. Menjadi majikan kepada diri sendiri membuatkan Mohammad Basyeer lebih mudah menguruskan masa kerana tidak terikat dengan peraturan syarikat.
Bagaimanapun, beliau percaya dengan prinsip, jika ingin berjaya perlu disiplin terhadap masa. Rutin hariannya bermula seawal pukul 9 pagi dengan mencetak tempahan pelanggan ke slip penghantaran pos laju, membalas e-mel, mengambil stok barangan dan menghantarnya ke pejabat pos berdekatan.
Secara purata, Mohammad Basyeer perlu mengirim kira-kira 30 hingga 50 barang kepada pelanggan pada setiap hari. Beliau yang tidak menang tangan melayan khidmat pesanan ringkas (SMS) pelanggan menunjukkan kepada Kosmo! jumlah mesej yang perlu dijawabnya pada setiap hari.
Jumlah keseluruhan mesej tersebut mencecah 4,000 pesanan yang dihantar secara SMS, aplikasi WhatsApp, WeChat dan laman Facebook. Jadi tidak hairanlah apabila lelaki yang masih bergelar pelajar itu kadang-kadang terlewat membalas mesej pelanggan.
Beliau merupakan pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Telekomunikasi di Universiti Malaya namun terpaksa menangguhkan pengajian buat sementara waktu.
Berkongsi mengenai pengalaman pahit sepanjang menjalankan perniagaan, beliau pernah dianiayai orang yang tidak dikenali sehingga terpaksa membuat laporan polis.
“Ada pelanggan mendakwa dia telah memasukkan RM2,000 ke dalam akaun saya untuk membeli telefon pintar namun kemudian menukar fikiran dan meminta saya memulangkan wang tersebut. Memandangkan memang ada wang sejumlah itu dimasukkan ke akaun saya, saya tidak syak langsung yang dia telah menipu.
“Rupa-rupanya, dia menggunakan nama dan akaun saya untuk menipu orang lain atas urusan jual beli emas. Setelah mendapati barangan yang dibeli tidak sampai-sampai, orang tersebut membuat laporan polis dan mendakwa saya telah menipunya walhal saya teraniaya. Saya terpaksa membuat laporan polis bagi melindungi diri,” jelasnya.
Ketua Kumpulan Komunikasi Korporat dan Penjagaan Pelanggan Pos Malaysia, Datuk Rohaiza Hashim berkata, trend perniagaan dalam talian yang semakin mendapat perhatian pengguna secara tidak langsung mempengaruhi permintaan terhadap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan syarikat pos terbesar negara itu.
“Pos Malaysia bukan sahaja memastikan kesediaan dari segi logistik, malah kesediaan produk dan perkhidmatan yang relevan, bermutu, berkualiti serta mengutamakan kepantasan proses penghantaran.
“Permintaan terhadap produk Pos Malaysia khususnya Pos Laju Prabayar menunjukkan peningkatan memberangsangkan. Pengalaman luas dalam bidang kurier banyak membantu melicinkan proses pengurusan pos walaupun dengan peningkatan kuantiti yang ketara,” jelasnya.
Sistem poskod merupakan tanda aras antarabangsa yang turut diguna pakai di negara ini. Sistem tersebut berperanan sebagai kaedah terbaik dalam menjadikan proses penghantaran lebih cepat dan tepat.
Pihak Pos Malaysia sentiasa mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan barang yang dipos dikendalikan dengan cermat dan selamat sampai ke tangan penerima dalam keadaan sempurna.
Bagaimanapun, pihak peniaga disarankan agar bertanggungjawab bagi memastikan setiap pengeposan dibungkus sebaiknya supaya dapat melindungi kandungan daripada risiko rosak.
Sumber: Kosmo! Online