Lantai Parquet Serat Sabut Kelapa |
Pengalaman menggunakan parket yang mudah rosak dimakan anai-anai dan mereput menarik minat sekumpulan pelajar menghasilkan produk inovasi berasaskan serat sabut kelapa.
Dikenali sebagai ‘Coconut Fibre In Manifacture of Parquet Floor’, produk kemasan lantai itu ciptaan pelajar jurusan Kejuruteraan Awam, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Pelajar yang terbabit dalam projek itu ialah Norshahidah Zulkifli (ketua kumpulan), Nadzirah Salihah Mohamed Isa, Maziah Mohd Salman dan Nur Nazahah Abu Bakar.
Penyelia projek yang juga pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam Norhayati Palil berkata, objektif penghasilan parket serabut kelapa untuk membandingkan penggunaan lantai parket sedia ada di pasaran dalam pembuatan kemasan lantai.
“Tujuannya untuk mengkaji potensi penggunaan serat sabut kelapa sebagai kemasan lantai.
“Selain itu, ia untuk mengurangkan kadar penyerapan air dalam produk dihasilkan,” katanya ketika ditemui sempena Pertandingan Inovasi dan Rekacipta Politeknik Shah Alam, baru-baru ini.
Menurutnya, lantai adalah satu bahagian penting dalam pembinaan bangunan.
“Oleh itu, komponen untuk membuat lantai parket mestilah daripada bahan berkualiti tinggi dan tahan lama.
“Seperti yang kita sedar lantai parket mempunyai banyak masalah. Antaranya adalah serangan anai-anai dan rintangan kurang dari lima tahun,” katanya.
Katanya, bahan utama lantai parket pengikat diperbuat daripada kayu dan musuh utama adalah kelembapan.
“Selain itu, perbezaan kos juga akan dikenal pasti di sini.
“Justeru, kami ingin menggunakan bahan buangan sebagai bahan utama untuk menjadikan parket. Bahan yang kami gunakan adalah serat sabut kelapa,” katanya.
Menurutnya, selepas parket serat sabut kelapa dihasilkan, ujian terhadap parket ini turut dijalankan.
“Antaranya ialah ujian kadar penyerapan air, ujian lenturan dan ujian tegangan.
“Semua ujian ini menunjukkan keputusan positif terhadap parket ini,” katanya
Melalui ujian itu, didapati kadar penyerapan air bagi serat sabut kelapa lebih rendah daripada parket biasa.
Katanya, penyelidikan dilakukan kumpulan penyelidik muda berkenaan mencapai objektif diharapkan.
Menyentuh mengenai proses penghasilan parket terbabit katanya, serat sabut kelapa dan dua bahan pengikat ditimbang terlebih dulu.
“Selepas ditimbang bahan-bahan berkenaan dicampur dan dimampatkan,” katanya.
Katanya, banyak kelebihan terdapat pada produk ciptaan pelajarnya untuk kegunaan pengguna bagi kemasan lantai.
Antara kelebihan seperti kalis air, daya ketahanan tinggi, kos pembuatan lebih rendah dan tahan serangan anai-anai yang menjadi musuh kepada penghuni kediaman.
Sumber: myMetro