Topeng Muka Sweet n Cozy |
Musim jerebu teruk yang melanda bumi Malaysia sekitar bulan Mac 2014 menjadi batu loncatan buat Rahayu Mohd. Bohari, 37 untuk mencipta topeng muka guna semula.
Biarpun pada waktu itu lambakan topeng muka pelbagai bentuk sudah lama terjual di pasaran, namun Rahayu mengambil inisiatif yang tersendiri untuk mencipta topeng muka guna semula menggunakan kain kapas.
Lebih menarik, topeng muka tersebut bukan sahaja boleh diguna berulang kali, malah ia juga lebih selesa dan mudah dipakai.
Jelas wanita kelahiran Pontian, Johor itu, pada mulanya topeng tersebut hanya dibuat untuk kegunaan keluarganya sahaja.
Bagaimanapun, setelah gambar dia sekeluarga memakai topeng muka yang direka sendiri dimuat naik menerusi laman sesawang Facebook, ia lantas mendapat pujian dan permintaan daripada teman-teman rapat.
Disebabkan permintaan yang tidak henti-henti itu juga, Rahayu mengambil keputusan untuk menghasilkan topeng muka guna semula bagi kegunaan orang ramai di bawah jenama Sweet n Cozy.
“Topeng ini sebenarnya mudah untuk direka memandangkan kita hanya memerlukan kain kapas dan tali untuk membuatnya.
“Bagaimanapun penggunaan fabrik yang betul dan berkualiti haruslah ditekankan supaya ia mampu bertahan lama dan memberi keselesaan dalam kalangan pengguna serta boleh dipakai untuk tempoh yang panjang,” jelasnya.
Bagi memastikan topeng yang dihasilkannya berkualiti tinggi, Rahayu menggunakan kain kapas yang diimport khas dari Amerika Syarikat.
Ruang udara
Jelas Rahayu, berbeza dengan fabrik kapas yang terdapat di negara ini, fabrik dari negara tersebut ternyata lebih tebal selain mempunyai variasi corak dan warna yang lebih menarik untuk diguna pakai oleh orang awam, bersesuaian dengan peringkat umur masing-masing.
Lazimnya, topeng muka yang terjual di pasaran sering menggunakan fabrik yang dicampur dengan poliester, namun topeng muka yang dihasilkan oleh Rahayu seratus peratus menggunakan kain kapas.
Disebabkan itu, topeng muka tersebut boleh dipakai berulang kali dengan hanya cucian ringan berbanding topeng muka biasa yang kebanyakannya perlu dibuang walaupun baru dipakai sekali.
Bagi memastikan kualiti topeng yang dihasilkanya bermutu tinggi, Rahayu menggunakan dua lapisan fabrik kapas dalam penghasilan topeng tersebut.
“Sebenarnya topeng ini boleh dibuat menggunakan apa-apa jenis fabrik.
“Namun, disebabkan ia sering dipakai dalam tempoh waktu yang lama, kain kapas merupakan fabrik yang paling sesuai untuk digunakan. Bukan sahaja mewujudkan keselesaan kepada pengguna kerana mempunyai ruang aliran udara yang lebih baik, malah ia turut bersifat mesra pengguna,” ujarnya.
Tambah Rahayu, walaupun memakai topeng muka, namun permukaan kulit masih mendapat pengudaraan yang secukupnya dan individu juga tidak akan mudah berpeluh.
Bagi mewujudkan keselesaan yang maksima, Rahayu turut menghasilkan dua pilihan topeng muka yang berlainan iaitu tali dan getah selain daripada menghasilkan topeng muka untuk kanak-kanak.
Sehingga kini, Rahayu telah menjual lebih 100 keping topeng guna semula yang berharga RM18 bagi dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak.
Kesihatan
Umpama aliran fesyen, topeng muka pakai buang yang dihasilkan Rahayu kini terus mendapat sambutan orang awam. Buktinya, ia terus diguna pakai secara meluas biarpun musim jerebu sudah lama berakhir.
Selain dijadikan aksesori sampingan, ia juga digunakan bagi tujuan kesihatan.
“Sekarang ini kebanyakan pelanggan saya merupakan penunggang dan pembonceng motosikal.
“Ini kerana, mereka setiap hari terdedah dengan habuk dan udara kotor di jalan raya. Tidak mahu kesihatan terjejas akibat pencemaran udara, mereka menggunakan topeng muka,” jelasnya.
Selari dengan kehendak pasaran, topeng muka ini juga turut mendapat sambutan daripada individu-individu yang mahu mengerjakan ibadah umrah dan pekerja-pekerja di hospital.
Sumber: Kosmo! Online