Pakej Umrah Ramadan 2015 - Andalusia Travel & Tours |
Setiap umat yang beragama Islam semestinya memasang niat untuk menjadi tetamu istimewa Allah di samping mengerjakan ibadah umrah di tanah suci Mekah.
Sesetengahnya telah mengerjakan umrah berkali-kali dan ada yang pergi buat pertama kali, namun mengerjakan umrah pada bulan Ramadan berbeza dengan bulan-bulan biasa.
Umrah menurut definisi bahasa bermaksud menziarahi atau berkunjung. Menurut istilah syarak pula bererti mengunjungi Baitullah di Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah dengan niat dan melakukan ihram, tawaf, sai dan bertahallul mengikut tertib tertentu.
Selain itu, umrah wajib dilakukan sekali sahaja seumur hidup ke atas setiap orang yang mampu. Firman Allah swt yang bermaksud, “Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah.”
Menurut Mazhab Syafie, kewajipan mengerjakan umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam kehidupan seseorang umat Islam. Seseorang tidak dikira berdosa jika menangguhkan kewajipan umrah apabila sudah cukup syarat kemampuan, selama dia dapat melakukannya sebelum meninggal dunia.
Sungguhpun begitu, adalah lebih afdal untuk menyegerakan mengerjakan ibadah tersebut untuk melepaskan tanggungan kewajipan atas diri seseorang umat Islam.
Menurut Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia), Datuk Md. Daud Che Ngah, terdapat kelebihan apabila umat Islam mengerjakan umrah pada bulan Ramadan.
“Dalam hadis ada mengatakan, (melakukan) satu umrah pada bulan Ramadan adalah menyamai (pahala) melakukan sekali haji.
“Secara tidak langsung, ramai umat Islam mengejar peluang keemasan ini,” katanya kepada Kosmo! di pejabatnya di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Ibadah
Tambahan pula, mengerjakan umrah tidak mempunyai kuota seperti melakukan ibadah haji jadi umat Islam perlu menggunakan peluang tersebut secara sebaik-baiknya.
Jemaah-jemaah yang melakukan ibadah umrah pada bulan Ramadan sangat diberkati kerana jadual harian mereka penuh dengan aktiviti ibadah.
“Di Mekah, jemaah yang melakukan ibadah mendapat ganjaran pahala yang banyak. Diriwayatkan, ganjaran pahala mengerjakan solat di Masjidil Haram menyamai 100,000 ganjaran.
“Kita melihat Baitullah pun sudah mendapat pahala apatah lagi kalau melakukan ibadah lain seperti membaca al-Quran,” ujarnya lagi.
Selain itu, kelebihan mengerjakan ibadah umrah ketika bulan Ramadan adalah tidak berlaku pembaziran makanan.
Md. Daud memberitahu, orang Mekah sangat berjimat cermat kerana kebanyakannya berbuka puasa dengan kurma dan air zam zam sebelum kembali meneruskan ibadah.
Berbeza dengan cara berpuasa di Malaysia, masyarakat kita gemar membeli makanan di bazar-bazar Ramadan dan akhirnya berakhir dengan pembaziran.
Di Mekah, jemaah umrah tidak perlu bersusah payah untuk membeli juadah berbuka puasa kerana makanan telah disediakan untuk kemudahan jemaah.
Md. Daud menjelaskan, kebanyakan jemaah umrah gemar mengerjakan ibadah pada peringkat pertengahan dan akhir berbanding peringkat awal.
“Masjid akan penuh bila tiba pertengahan dan akhir Ramadan kerana masing-masing berebut untuk beribadah dan menggunakan masa yang ada sebelum menjelang Syawal.
“Berbeza pula kita di sini, masjid-masjid mula kurang orang untuk melakukan solat tarawih,” ujarnya.
Solat tarawih
Berkenaan solat tarawih pula, masyarakat di Mekah memanfaatkan solat tersebut sebaik-baiknya iaitu melakukan 20 rakaat penuh di samping membaca surah-surah panjang.
“Banyak fadilatnya jika kita mengerjakan umrah pada bulan Ramadan jadi saya berharap umat Islam tidak mensia-siakan peluang ini,” katanya.
Md. Daud juga memberitahu, pihak Andalusia menawarkan Pakej Umrah Ramadan 2015 yang menarik bermula dari 8 Jun sehingga 27 Julai seperti penginapan dan penerbangan.
Dalam pakej tersebut, Andalusia menawarkan dua hotel yang berdekatan iaitu Hera Palace dan Hilton Towers yang terletak 690 meter perjalanan dari Masjidil Haram untuk kemudahan para jemaah.
Pihak jemaah juga boleh memilih sama ada menaiki pesawat AirAsia dan Saudi Arabian Airlines.
Sumber: Kosmo! Online