Dekorasi Bunga Liar Mohd Azmy Osman |
Bunga segar memang nampak indah dan menaikkan seri sama ada digunakan ketika dekorasi majlis perkahwinan, jambangan bunga, hadiah istimewa mahu pun sebagai penghias kediaman.
Di majlis perkahwinan pula, semakin ramai pengantin memilih menghias hantaran dengan bunga segar, malah ada yang melatari pelamin dengan bungaan kesukaan mereka.
Bagaimanapun, tidak ramai pereka atau perancang perkahwinan yang berani tampil dengan rekaan busana pengantin yang dihiasi bunga segar, malah mungkin ia kedengaran agak janggal di negara ini.
Berbeza dengan negara barat, rekaan persalinan pengantin yang bertatah bunga segar sudah menjadi kebiasaan dan trend buat sesetengah pengantin.
Jika bukan pakaian, sekurang-kurangnya bunga segar pasti menjadi pilihan untuk hiasan di kepala pengantin wanita.
Mungkin kerana cuaca yang lebih sesuai di negara barat membuatkan bunga segar sentiasa kelihatan indah walaupun dihiasi pada busana pengantin.
Namun, cuaca di negara ini sebenarnya tidak sedikit pun menjadi penghalang untuk tampil dengan rekaan unik dan versatil seperti itu, malah jika kena gayanya, pengantin boleh tampil hebat dan mengagumkan.
Perkara ini diakui Pereka Flora, Mohd Azmy Osman, kerana negara kita sendiri sememangnya kaya dengan khazanah alam dan keunikan flora yang tidak terdapat di negara lain. Katanya, jika pereka lain menjadikan bunga segar sebagai hiasan semata-mata, baginya skop itu sewajarnya diperluaskan.
“Sayang sekali kalau kita tidak dapat memanfaatkan bunga-bungaan yang terdapat di negara ini untuk kegunaan yang lebih meluas. Baju pengantin misalnya, tidak ramai yang mahu mengambil risiko menjadikan bunga segar sebagai elemen utama rekaan.
“Malah, idea menjadikan bunga liar seperti bantai laut juga boleh tampil eksklusif pada busana pengantin. Seperti rekaan baju pengantin menggunakan bunga segar ini, saya melihat keunikan bunga liar ini dan hasilnya mungkin ramai yang tidak percaya bahawa bunga yang digunakan boleh didapati di jalanan saja,” katanya.
Katanya, dekorasi bunga bukan terletak pada nilai atau harga bunga itu sebaliknya bagaimana pereka boleh mengangkat bunga berkenaan pada mata masyarakat, sekali gus nampak mahal dan eksklusif.
Menurutnya, bunga segar sepatutnya tidak hanya dijadikan jambangan bunga utama saja. Pertimbangkan untuk menambah bunga segar untuk gaya rambut atau dihias pada veil ketika hari perkahwinan.
Mengenali figura berasal dari Selangor itu, lebih 10 tahun dalam bidang gubahan dan dekorasi, beliau kini memegang portfolio pelanggan yang bukan sebarangan.
Antara yang mendapat sentuhan magisnya termasuk Istana Negara dan kini memegang jawatan sebagai pereka flora di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana.
Selain itu, Azmy turut menjadi tenaga pengajar jemputan di Tropifame Floral Design School di Singapura.
Pernah gagal selepas pembabitannya sebagai perancang perkahwinan, Azmy bangkit untuk menggilap bakatnya dalam bidang berkenaan dan menjadi antara pereka flora disegani di negara ini.
Langkah pertamanya adalah menimba pengalaman di London dalam bidang gubahan bunga dengan penggubah bunga prolifik di peringkat antarabangsa, Zita Elze di Zita Elze Designer Academy, sekolah gubahan dan dekorasi pimpinan Elze.
“Elze ialah antara pereka dekorasi terbaik di dunia. Peluang belajar dan bekerja dengannya amat berharga. Selain guru, dia juga ibarat ibu saya di London. Elze mengajar bagaimana untuk berfikir di luar kotak, menghasilkan rekaan tidak realistik, tetapi menawan.
“Pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila diberi kepercayaan untuk membantu Elze menguruskan dekorasi bagi acara rasmi di Istana Buckingham. Kepercayaan itu jugalah memberi peluang kepada saya bersua muka dengan Ratu Elizabeth II buat pertama kali ketika itu,” katanya.
Azmy berkata, meskipun menimba ilmu di rantau orang dan terbiasa dengan sentuhan ala Inggeris dalam gubahannya, gurunya sesekali tidak menggalakkannya terikat kepada konsep Inggeris semata-mata, sebaliknya perlu membuka mata terhadap khazanah yang terdapat di negara sendiri.
“Guru saya begitu mengagumi bunga orkid yang terdapat hanya di negara kita dan dia memberi galakan kepada saya untuk menjadikan bunga tempatan sebagai elemen utama bagi gubahan bunga.
“Justeru, penggunaan bunga bantai laut ini saya jadikan ilham untuk menghasilkan rekaan pakaian pengantin yang bukan saja menarik, malah tampak eksotik,” katanya.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan sentuhan Azmy boleh melayari instagram mohd.azmy.osman, jurusolek Azim Jaafar (azimjaafar89) dan model Nur Atiqah (ikaangahlj).
Sumber: myMetro
INFO EXTRA:
Menurut pakar dekorasi Mohd Azmy Osman, pada awal pembabitan dalam dunia hiasan dia melihat ramai pereka berlumba-lumba menghasilkan ciptaan yang agak kaku kerana hiasan hanya tertumpu kepada pelamin, tidak keseluruhan tempat majlis.
Sebenarnya untuk memperoleh faktor ‘wow’ atau faktor-x, pereka pelamin perlu melakukan perubahan secara keseluruhan konsep iaitu meja makan tetamu, meja makan pengantin, pintu masuk, rumah atau dewan dan paling utama ialah pelamin.
Untuk itu, Azmy gemar memahami atau menyelami jiwa pasangan pengantin terlebih dulu bagi mendapatkan idea. Sebagai contoh, tema pelamin atau dekorasi daripada sayur-sayuran bunyinya agak pelik, tetapi apabila direalisasikan akan memberi impak yang sangat hebat.
“Contoh dekorasi gila yang pernah saya hasilkan adalah membina kolam dan saya melepaskan itik dan angsa putih hidup di dalam kolam itu. Alhamdulillah saya berjaya. Selain itu, penggunaan bahan yang tidak disangka-sangka seperti makanan, bahan terbuang, tumbuhan yang hidup meliar seperti keladi bunting dan pokok duit-duit juga mampu mencipta impak yang hebat.
Kesilapan besar yang sering dilakukan pereka pelamin adalah tidak meletakkan fokus dalam menghias sedangkan setiap dekorasi mempunyai jiwa.
Dengan adanya jiwa dan emosi, suasana majlis akan lebih harmoni dan dikenang sampai bila-bila.