Pertandingan Cef Pastri Universiti Taylor Lakeside |
Suasana riuh rendah di dapur Sekolah Hospitaliti dan Pelancongan, Kampus Universiti Taylor Lakeside, Petaling Jaya boleh diibaratkan seperti seolah-olah membuat persediaan menyambut musim perayaan.
Kira-kira 24 peserta sedang bermain dengan periuk belanga kerana bertanding untuk merebut gelaran cef pastri terhebat.
Seawal pukul 7 pagi, semua peserta lengkap mengisi borang pendaftaran dan diberi taklimat terlebih dahulu berkaitan keselamatan di ruang memasak.
Biarpun panas dengan suhu ketuhar dan kepadatan peserta, ternyata ia langsung tidak mematahkan semangat para peserta untuk terus memberikan hidangan terbaik untuk memikat hati juri.
Gelagat peserta di dapur juga turut mencuit hati kerana rata-ratanya ada yang gementar, bimbang kek tidak menjadi dan sudah pasti tekanan yang dirasai.
Peserta dibahagikan kepada dua kategori iaitu lapan cef untuk penyediaan membuat roti manakala 16 lagi untuk pembuatan kek.
Pertandingan tersebut diadili tiga cef pastri terkemuka iaitu Cef Kenny Kong, Cef Jess Shiam dan Cef Karamvir Singh Godrei.
Tuah pada hari itu memihak kepada cef amatur, Ng Huey Shyan daripada RT Pastry House Sdn. Bhd. yang mempertaruhkan kek lemon mousse dengan puding susu dan kek span nanas almond dengan krim keju dan pencuci mulut, walnut ganache.
Cuba terbaik
“Saya berterima kasih kepada semua juri kerana memberi kemenangan ini.
“Memang tidak disangka tetapi saya cukup gembira kerana kerja keras ini berbaloi,” katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.
Cef berusia 27 tahun itu bagaimanapun menerima tentangan sengit daripada 15 peserta lain sehingga para juri juga mengambil masa lama untuk membuat keputusan.
Selepas kemenangan tersebut, sudah pasti niatnya mahu mengembangkan lagi karier sekali gus menjadi salah seorang cef pastri terunggul di negara ini.
Menurutnya, dia sentiasa belajar menerusi YouTube dan menonton rancangan-rancangan masakan kerana pembuatan kek tidak mudah.
“Saya mahu mencuba yang terbaik selepas ini dan tidak mahu memadam impian setakat ini sahaja.
“Saya perlu rajin berusaha dan belajar untuk mencari resipi terbaharu yang boleh diketengahkan,” ujarnya.
Kemenangan itu membolehkan dia membawa pulang wang tunai RM3,000, trofi dan sijil.
Sementara itu, barisan juri berpuas hati dengan hidangan yang dihasilkan para peserta sehingga mengakui mereka sukar membuat keputusan.
Cef Jess berkata, kesemua peserta sudah melakukan tugas dengan cemerlang dan hidangan yang disediakan cukup menarik.
“Paling penting dalam pembuatan kek mesti kena pada rasa dan teksturnya.
“Kebanyakan peserta berjaya menggalas tanggungjawab dengan baik,” jelasnya.
Bagi cef Karam pula, beliau menganggap para peserta yang bertanding nampak seakan-akan takut, namun mereka mampu memberi hasil yang begitu membanggakan.
“Saya nasihatkan peserta supaya jangan takut dan tenang setiap kali berada di dapur.
“Antara aspek penting dalam pembuatan kek adalah pengurusan masa dan penjagaan kualiti supaya kek tersebut kekal segar,” katanya.
Sumber: Kosmo! Online