Lapa - Peranti Pengesan Ringkas_01 |
Disebabkan rasa sesak dan bosan berada di dalam lif dipenuhi manusia, seorang kanak-kanak dalam lingkungan umur lima tahun meluru keluar sejurus pintunya terbuka apabila tiba di satu tingkat sebuah bangunan yang menempatkan pusat rawatan orang kelainan upaya (OKU) di ibu kota.
Pintu lif yang tertutup dengan cepat membuatkan ibu bapa kanak-kanak tersebut tidak sempat mengejarnya tambahan pula ketika itu mereka berada di bahagian belakang.
Cemas dengan keadaan tersebut, bapa kepada kanak-kanak tersebut tidak membuang masa untuk terus mencari anaknya yang aktif itu ke seluruh bangunan sehingga berjaya menemuinya dalam keadaan penat dan ketakutan.
Peristiwa ‘kehilangan’ anak dalam tempoh lebih kurang setengah jam beberapa tahun lalu itu menjadi peringatan kepada Megat Iskandar At-Terawis, 36, supaya sentiasa berhati-hati dan mengawasi anaknya sepanjang masa.
“Perkara tersebut berlaku sangat pantas. Saya dan isteri yang ketika itu ingin menghantar anak sulung menjalani rawatan hanya mampu menjerit apabila dia berlari keluar dari lif.
“Kami sangat risau pada masa itu, saya hanya dapat dengar suara dia semasa mencarinya. Alhamdulillah tiada apa-apa yang berlaku dan mujur tiada orang berniat jahat untuk menculiknya pada masa itu.
“Walaupun anak saya selamat, tapi perkara itu masih menghantui kami hingga ke hari ini,” katanya.
Sejak peristiwa itu, dia mula mencari kaedah mudah yang boleh mengesan dan menjejak anaknya apabila berlaku perkara tidak diingini pada masa akan datang.
Berita mengenai sebuah syarikat dari Portugal yang ingin mengeluarkan peranti pengesan ringkas boleh dilekat pada mana-mana permukaan dan dijadikan rantai atau gelang mencuri tumpuannya awal tahun lalu.
Sebaik sahaja peranti yang diberi nama Lapa itu dipasarkan di seluruh dunia termasuk Malaysia, Megat Iskandar tanpa membuang masa terus mendapatkannya bukan sahaja untuk dijadikan alat pengesan anaknya, malah barangan berharga seperti komputer riba, beg tangan dan beg duit.
“Saya mengetahui mengenai Lapa ini sejak awal tahun 2014 dan apabila mendapat tahu ia akan mula dijual di Malaysia pada bulan Disember tahun yang sama, saya terus membelinya tanpa berfikir panjang.
“Selain untuk anak, saya juga menggunakannya pada barang-barang berharga lain seperti komputer riba, beg pakaian, beg duit dan juga haiwan peliharaan,” ujarnya yang aktif dalam beberapa pertubuhan bukan kerajaan itu.
Seorang pengguna, Lokman Hakim Hamidon, 29, memberitahu, dia mula menggunakan alat pengesan itu pada anak sulungnya yang baru berusia 10 bulan kerana bimbang terjadi perkara tidak diingini semasa dijaga oleh pengasuhnya.
Mengimbau kejadian yang pernah dialami tahun lalu, anaknya pernah ditinggalkan oleh pengasuh kepada jiran tanpa memaklumkan kepada Lokman Hakim terlebih dahulu.
Berikutan perkara tersebut, dia terkilan dengan tindakan pengasuh itu kerana khuatir terjadi sesuatu perkara tidak diingini kepada anaknya sewaktu berada dalam perhatian jiran pengasuh berkenaan.
Terkilan
“Suatu hari saya tergerak hati untuk menjenguk anak di tempat pengasuh untuk mengetahui keadaannya, namun apabila tiba di sana, saya dapati dia dengan pengasuh tiada di rumah. Mujur ketika memberi salam jirannya keluar bersama anak saya dan rasa risau serta merta hilang.
“Bagaimanapun, rasa terkilan tetap ada kerana dia tidak memberitahu saya terlebih dahulu sebelum meninggalkan anak saya kepada jirannya. Ini bukan soal tidak percaya kepada pengasuh tersebut cuma bimbang dengan keadaan sekarang ini yang banyak kes penculikan tambahan pula saya tidak mengenali jirannya itu.
“Sejak peristiwa berkenaan, saya mula mencari peranti yang boleh mengetahui kedudukan sebenar anak saya semasa dia berada di bawah jagaan orang lain memandangkan saya dan isteri bekerja,” kata eksekutif salah sebuah syarikat swasta di ibu negara itu.
Selain digunakan untuk memastikan keselamatan anaknya, dia turut menggunakan peranti tersebut bagi mengawasi beg dan bagasi semasa pergi bercuti mahupun beg bimbit yang di bawa ke tempat kerja.
Lapa merupakan peranti pertama seumpamanya yang terdapat dalam negara ini dan ia dibangunkan oleh sebuah syarikat antarabangsa iaitu Lapa Studio berpangkalan di Porto, Portugal.
Pengarah Urusan Innova Kid Technologies, Mohd. Fairuz Mohamed Isa berkata, syarikatnya merupakan rakan kongsi kepada Lapa Studio di Malaysia dan pengedar rasmi peranti tersebut di negara ini.
Sumber: Kosmo! Online