Lapa - Peranti Pengesan Ringkas_02 |
Capaian bluetooth
Menurut beliau, kesedaran mengenai keselamatan kanak-kanak di Eropah yang sangat tinggi mendorong penghasilan peranti berkenaan dan dalam masa sama boleh digunakan untuk barangan lain.
“Penggunaan Lapa dapat mengurangkan risiko anak hilang terutama semasa ibu bapa membawa mereka keluar ke pusat beli-belah mahupun tempat yang sesak dengan orang ramai. Teknologi ini sangat ringkas dengan hanya menggunakan capaian bluetooth yang dihubungkan dengan telefon pintar atau tablet sama ada berasaskan Android mahupun iOS.
“Sejurus kanak-kanak atau barangan yang diletak Lapa berada berjauhan daripada pengguna dalam lingkungan 30 meter, mereka akan dimaklumkan melalui telefon bimbit dan secara langsung dapat mengelakkan ia daripada hilang.
“Selain itu, sistem kedudukan sejagat (GPS) yang digunakan pada peranti ini memudahkan pengguna untuk mengesan barangan mereka dengan mudah dalam peta,” ujarnya yang turut mengedarkan jenis peranti pengesan kanak-kanak lain iaitu Mommy I’m Here.
Berbeza dengan alat pengesan yang lain, pengguna boleh berkongsi maklumat atau informasi Lapa yang tersimpan dalam telefon bimbit mereka dengan pengguna di serata dunia melalui laman sosial Facebook, e-mel dan rangkaian Lapa bagi membantu mencari barangan mereka yang hilang.
Peranti yang bersaiz sebesar duit syiling 20 sen itu turut dilengkapi sistem audio ringkas untuk mengeluarkan bunyi bagi membantu pengguna mencari alat tersebut dengan hanya menekan paparan butang pada telefon pintar mereka.
“Sebelum peranti Lapa, kami turut mengedarkan alat pengesan diberi nama Mommy I’m Here tetapi bezanya ialah dari segi saiznya lebih besar dan cara penggunaannya tidak menggunakan telefon pintar sebaliknya hanya alat kawalan jauh.
“Lapa boleh dianggap sebagai peranti boleh pakai seperti jam tangan pintar, cermin mata pintar dan loket pengesan degupan jantung cuma ia dalam bentuk yang ringkas dan jauh lebih murah,” jelasnya.
Tambah Mohd. Fairuz, dia yakin penggunaan peranti tersebut mampu berkembang pada masa akan datang dengan pelbagai penambahbaikan dari segi bahan dan teknologi.
Sumber: Kosmo! Online