Salina Sari Health & Beauty |
Amalan memakan jamu sudah dipercayai sejak zaman nenek-moyang kita dahulu malah jamu sering dikaitkan dengan wanita yang baru bersalin.
Lazimnya, pengambilan jamu juga adalah untuk memastikan peredaran darah berjalan lancar, mengembalikan tenaga serta berasa segar seperti sebelumnya.
Bagi memastikan jamu tidak pupus ditelan zaman, ada di antara mereka mewariskan tradisi membuat jamu kepada anak cucu masing-masing.
Tidak terkecuali bagi seorang pengusaha produk kesihatan dan kecantikan diri, Salina Sari Ghazali.
Tidak hanya mengeluarkan pelbagai produk kesihatan dan kecantikan menggunakan resipi asal nenek moyangnya yang berusia 100 tahun dari Arab Saudi, Salina turut mengamalkan pengambilan jamu tersebut sejak zaman remajanya.
Hasilnya kini, siapa sangka Salina yang berusia 44 tahun dan merupakan ibu kepada empat orang cahaya mata dilihat seperti anak dara yang berusia dalam lingkungan 20-an.
Menurut pemilik produk Salina Sari Health & Beauty ini lagi, walaupun dia seorang pengamal jamu tetapi produknya baru dipasarkan empat tahun yang lalu.
Beritahunya, keputusan untuk memasarkan jamunya dibuat setelah mendapat permintaan ramai dalam kalangan rakan-rakannya yang sememangnya mengamalkan jamu keluarannya yang hanya dipasarkan kepada rakan-rakan serta saudara mara sahaja sebelum ini.
Pada awal keluaran, jamu di bawah jenama Salina Sari Health & Beauty hanyalah untuk rakan-rakan rapat serta saudara-mara.
Tetapi apabila semakin hari permintaan semakin banyak dan pasarannya sudah meluas, saya mula terfikir untuk mengkomersialkannya.
Untuk itu, saya berusaha mendapatkan sijil halal serta perakuan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memasarkan produk Salina Sari Health & Beauty di pasaran terbuka," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.
Bercerita lebih lanjut mengenai produk keluarannya, Salina memberitahu dia memasarkan empat jenis produk iaitu Sari Segar Herbs, Lawas Lega, Habbatus Sauda Nigella Sativa, dan Bunjut Ajaib.
Setiap satunya mempunyai tugas masing-masing tetapi Sari Segar Herbs, Lawas Lega, dan Bunjut Ajaib adalah untuk rawatan serta 'menyuburkan' kembali badan seperti sedia kala dan juga berfungsi untuk menjaga kesihatan wanita.
Berbicara pula mengenai penggunaan herba-herba dalam pembuatan jamunya itu, Salina menyatakan jamu-jamunya terhasil daripada kombinasi herba-herba terpilih malah rempahnya pula diperoleh terus dari negara India yang mempunyai khasiatnya yang tersendiri.
Salina berkata, penggunaan bahan-bahan yang berkualiti amat dititik beratkan dalam usaha menjadikan jamunya betul-betul berkesan dan memberi manfaat kepada pengamalnya.
Mengetengahkan "Keaslian Dan Kelainannya Jelas Terasa" sebagai motto, jamu-jamu ini juga sesuai untuk lelaki kecuali bunjut ajaib yang dikhususkan untuk wanita sahaja.
Apa yang menarik untuk diperkatakan mengenai jamu keluaran Salina ialah di awal keluarannya produk ini tidak dipekkan dalam kapsul malah dibentuk secara gentelan dan dilakukan secara manual.
Tetapi hari ini dengan permintaan yang semakin meningkat, Salina terpaksa akur apabila jamunya dipekkan dalam bentuk kapsul.
Ditawarkan pada harga yang cukup berpatutan, Salina menjelaskan jamunya boleh didapati di salun-salun serta ejen-ejen yang terpilih.
Orang ramai boleh melayari laman sosial facebook Salina Sari Ghazali atau hubungi Salina sendiri di talian 019-2667670 untuk maklumat lanjut mengenai produknya.
Sumber: Utusan Malaysia Online