Minyak Pati Cucur Atap |
Senario pesakit yang berhadapan dengan masalah kulit seperti atopic eczema, dermatitis atau keradangan kulit sering dibelenggu dengan isu kadar penyembuhan dan keberkesanan ubat yang digunakan.
Selain itu, pesakit juga terpaksa mendapatkan ubatan di pasaran yang turut mengandungi steroid dan kandungan antihistamin bagi menghilangkan kesan kegatalan terlampau.
Keadaan cuaca kering, panas dan lembab yang tidak menentu turut memburukkan lagi masalah tersebut. Sekumpulan penyelidik muda dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berjaya menemui penyelesaian bagi mempercepatkan kadar penyembuhan masalah kulit.
Produk yang dinamakan Floria itu merupakan hasil penyelidikan yang telah dijalankan selama tiga tahun serta berjaya mencipta teknologi sistem pembawa nanovesikel dan nanohedral yang terbentuk daripada formulasi nanoteknologi dengan kehadiran minyak pati cucur atap atau nama saintifiknya Beackea frutescence.
Menurut ketua penyelidik yang juga merupakan Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan UMT, Prof. Madya Dr. Mohd. Zul Helmi Rozaini, pembentukan sistem pembawa yang amat unik membolehkan bahan aktif daripada minyak pati cucur atap dapat menembusi dan meresap ke dalam kulit dengan lebih cepat iaitu sepantas lima kali ganda berbanding produk konvensional.
“Produk ini bersifat hibrid dan bukan sahaja mampu memberikan kesan penyerapan yang pantas malah turut mempunyai elemen antiseptik yang boleh menghalang pertumbuhan bakteria.
“Ia berjaya merencatkan pertumbuhan beberapa bakteria yang menyebabkan keradangan kulit seperti E. coli, B. substilis, S. aureus dan Citrobacter. ,” jelasnya.
Floria adalah produk penjagaan kulit yang tidak mengandungi steroid, bebas paraben dan menggunakan formulasi dirumus khas untuk kulit sensitif yang sememangnya tidak mendatangkan sebarang alahan.
Floria juga sesuai digunakan setiap hari dan boleh digunakan oleh orang dewasa, kanak-kanak mahupun bayi.
Sumber: Kosmo! Online