|
Belajar Ternak Lebah Kelulut |
Potensi pasaran yang begitu baik menyuntik minat ramai pihak untuk terbabit dalam industri penternakan lebah kelulut.
Ini kerana madu yang dihasilkan serangga berkenaan mampu menjana pendapatan berganda jika diusahakan dengan cara betul.
Penyelidikan dilakukan mendapati setiap koloni mampu mengeluarkan sehingga dua kilogram madu kelulut.
Kemampuannya mengeluarkan madu juga bergantung kepada jumlah debunga diperoleh.
Dalam usaha membantu orang ramai mendapatkan teknologi berkaitan penternakan lebah kelulut, Pusat Perkhidmatan Teknikal, Kompleks Latihan Ibu Pejabat MARDI Serdang menawarkan kursus penternakan madu kelulut.
Seramai 18 pegawai Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) termasuk yang bakal bersara menyertai kursus dua hari bermula 11 hingga 12 Mac lalu.
Tiga sesi ceramah disediakan penganjur merangkumi pengenalan industri dan teknologi kelulut, pendebungaan, habitat dan perilaku serta khasiat kelulut.



