Pusat Pemborong GM Klang |
Seiring dengan kehadiran Ramadan, bazar jualan makanan dan keperluan Aidilfitri tumbuh bak cendawan selepas hujan di negara ini.
Keperluan seperti baju raya, aneka biskut dan perhiasan rumah antara pilihan pembeli untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri.
Selepas kejayaan Klang Spring Cultural Festival menganjurkan sambutan Tahun Baru Cina pada Februari lalu, Pusat Pemborong GM Klang, Selangor kini memperkenalkan Festival Ramadan Klang sebagai salah satu aktiviti tahunan mereka.
Menurut Pengarah Urusan Pusat Pemborong GM Klang, Datuk Lim Seng Kok, penganjuran festival itu merupakan salah satu langkah untuk mengeratkan hubungan kemasyarakatan di samping menawarkan pelbagai pilihan barangan bagi sambutan Aidilfitri.
“GM Klang merupakan pusat jualan borong yang sinonim dengan tawaran harga terendah dan menjadi pilihan pembeli untuk memperoleh keperluan persendirian serta perniagaan setiap tahun.
“Penganjuran festival ini dilihat mampu memberikan ruang kepada pengunjung untuk menghabiskan masa bersama keluarga dengan aktiviti-aktiviti berfaedah sambil membeli-belah,” katanya.
Penganjuran Festival Ramadan Klang ini mendapat kerjasama daripada alumni Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Projek Iqra’ dan Pertubuhan Women International Network (WIN).
Ia dianjurkan di sekitar kawasan tempat letak kenderaan terbuka di kompleks tersebut dari 26 Jun lalu hingga 12 Julai ini.
Terdapat lebih 100 gerai yang menawarkan keperluan hari raya dan aneka juadah berbuka puasa.
Festival tersebut berkonsepkan kampung Melayu yang disinari cahaya pelita dan lampu kerlip.
Pelbagai aktiviti istimewa turut diadakan seperti demonstrasi masakan, mencanting batik oleh pertubuhan WIN, pembuatan wau, tarian kuda kepang, pemakaian hijab, alunan ayat suci al-Quran sebelum waktu berbuka dan persembahan akustik nasyid selepas solat tarawih.
Tidak ketinggalan aktiviti menarik untuk si kecil seperti pertunjukan buih gergasi, dekorasi kek cawan dan penampilan maskot-maskot popular.
Selain itu, ceramah agama turut diadakan dengan menampilkan penceramah terkemuka dan sesi bermoreh dengan selebriti tempatan pada setiap minggu.
Seng Kok memberitahu, alumni UiTM juga menunjukkan bakat keusahawanan mereka terutama dalam bidang peruncitan pakaian.
“Festival ini turut mendukung seruan kerajaan bagi membentuk lebih ramai usahawan muda di Malaysia. Kerjasama dengan alumni UiTM ini merupakan inisiatif untuk merealisasikan saranan itu.
“Malah, kami juga meraikan peserta-peserta Projek Iqra’ yang terdiri daripada para pelajar dan sukarelawan melalui majlis berbuka puasa serta iftar bersama anak-anak yatim daripada persatuan terpilih,” ujarnya.
Sumber: Kosmo! Online