Lukisan Cat Air Abey Zoul |
Minat melukis sejak berusia lapan tahun menyuntik semangat Zulkifli Yasin untuk mengembangkan bakat yang dianugerahi Allah SWT itu.
Zulkifli, 40, atau lebih dikenali sebagai Abey Zoul mahu dikenali dengan identiti tersendiri apabila menggunakan cat air sebagai medium utama dalam setiap penghasilan karya lukisannya.
Namun, arkitek itu terpaksa merangkak sendirian untuk menghasilkan karya kerana dia tidak mendapat pendidikan khusus dalam bidang berkaitan.
Berpegang pada minat dan usaha yang gigih, dia berjaya mendapat tempat dalam arena seni lukis negara dengan menggunakan medium cat air dalam setiap karyanya.
Ini kerana, pada masa kini tidak ramai yang menggunakan medium tersebut kerana mereka menganggap ia sesuatu yang sukar untuk dipelajari.
“Medium cat air sangat istimewa kerana ia sebati dengan keindahan alam semula jadi, bangunan dan manusia. Selain itu, ia boleh menghasilkan lukisan yang spontan dan sesebuah karya itu dapat dihasilkan dengan pantas.
“Melukis menggunakan medium ini sangat menyeronokkan kerana ia telus untuk menyampaikan sifat sebenar dunia di sekeliling tanpa perlu mengawalnya semasa berkarya,” katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.
Atas dasar kesedaran yang tinggi untuk mempertahankan medium tersebut, Abey Zoul tekad membuka galerinya sendiri. Ia merupakan satu-satunya galeri di negara ini yang mempamerkan semua karya lukisan menggunakan medium cat air.
“Sangat rugi kalau mengetepikan lukisan yang menggunakan cat air kerana karya tersebut sangat popular di negara Barat dan mendapat permintaan tinggi. Malah, karya ini juga lebih mahal berbanding medium lain.
“Tidak ramai orang Melayu yang menguasai medium ini. Kira-kira 20 orang sahaja di seluruh negara dan ia sangat mengecewakan,” jelasnya.
Tambahnya, lukisan menggunakan medium cat air mempunyai nilai sangat tinggi kerana mampu menghadirkan sesuatu emosi dalam lukisan dan menggamit nostalgia kepada setiap mata yang memandang.
Emosi berbeza
Abey Zoul menjadikan lukisan sebagai aktiviti pada setiap hujung minggu dan masa lapang bersama kawan-kawan serta menerapkan budaya melukis di lapangan atau lukisan langsung kerana ia memberikan emosi yang berbeza kepada sesebuah hasil karya.
“Antara karya yang dihasilkan di lapangan ialah edisi Kampung Baru, Kuala Lumpur. Lukisan tersebut menceritakan keadaan dan suasana di kampung itu yang akan menjadi nostalgia bermakna kepada generasi akan datang.
“Salah sebuah karya lukisan edisi Kampung Baru itu bertajuk Sampai Usianya. Lukisan tersebut menjadikan sebuah basikal tua yang ditutupi dengan zink sebagai subjek utama.
“Ia menterjemahkan usia kampung tersebut dan apabila tiba suatu masa nanti, ia akan hilang kerana arus pembangunan yang sedang rancak dijalankan pada masa ini,” katanya.
Abey Zoul berkata, minatnya pada landskap dan seni bina memberikan inspirasi kepada karya-karya cat air. Malah, idea untuk berkarya hanya berdasarkan pemerhatian dan ia datang secara spontan tanpa perlu dipaksa.
Pengalaman selama 15 tahun sebagai arkitek banyak membantunya dalam mempercepatkan proses pembelajaran dan menterjemahkan idea kreatif ke atas kertas putih kosong. Karya-karyanya banyak melibatkan reka bentuk bangunan, landskap dan potret.
Mengulas mengenai karyanya, Abey Zoul meletakkan dirinya sebagai pejuang karya cat air dan berharap ia akan menjadi medium yang popular pada masa akan datang. Selain itu, dia berharap ia akan mempunyai generasi pelapis yang mampu menyemarakkan karya-karya lukisan di negara ini.
Abey Zoul bakal ke Paris pada pertengahan bulan April ini sebagai pelukis jemputan sempena Minggu Budaya Malaysia di bawah kelolaan Balai Seni Visual Negara dan Kementerian Pelancongan. Dia akan mempamerkan hasil karyanya.
Dalam pada itu, dia sempat mengingatkan pelukis-pelukis baharu agar tidak mudah berputus asa dalam berkarya.
“Jangan sesekali berhenti berkarya dan libatkan diri dalam setiap pameran lukisan agar anda dikenali. Ia mempunyai peminat yang tersendiri kerana kejayaan tidak datang dalam masa yang singkat, ia memerlukan kesabaran dan ketabahan,” katanya.
Sumber: Kosmo! Online