Kilang Memproses Rumpai Laut Semporna

Industri rumpai laut khususnya di kawasan perairan atau kepulauan di daerah ini dilihat berpotensi besar untuk dimajukan dan dikembangkan sekali gus memberi pulangan lumayan kepada peng­­usahanya.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, walau bagaimanapun industri yang ‘termaktub’ di dalam salah satu projek di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) itu berdepan beberapa isu termasuk isu monopoli harga.

Untuk itu, jelasnya, kemente­riannya akan mewujudkan sebuah pusat pengumpulan rumpai laut bagi membolehkan hasil hidupan laut itu dapat terus dipasarkan tanpa melalui orang tengah.

“Oleh kerana ada sebuah sahaja kilang memproses rumpai laut di sini dan monopoli (harga), kita akan mendirikan kilang sama. Jadi, hasil pengusaha dapat dihantar terus ke kilang yang diwujudkan kerajaan itu, mungkin diuruskan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).

“Kita mahu memperluaskan in­dustri ini, bukan dikuasai syarikat-syarikat besar sahaja,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat Ladang Rumpai Laut PPK Semporna di Pulau Ligit-Ligitan, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Pembantu Men­teri Pertanian dan Industri Maka­nan negeri, Datuk Musbah Jamli dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong.

Ismail Sabri memberitahu, cadangan mewujudkan pusat pengumpulan dan kilang itu akan dilakukan menerusi bajet Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

“Kita akan bina kilang di sini ke­rana Semporna merupakan pengeluar terbesar rumpai laut. Kita akan perluaskan lagi, banyak lagi kawasan pulau yang boleh diwujudkan ladang-ladang rumpai laut,” katanya.

Sumber: Utusan Online

INFO:

EPP 3 : Mini Estet Untuk Rumpai Laut

Kerajaan menyasar untuk mentransformasikan perusahaan rumpai laut kepada industri yang berhasil tinggi dan berskala komersial dengan memanfaatkan pencapaian dari segi R&D dan infrastruktur hiliran yang kukuh.

Inisiatif ladang mini untuk rumpai laut bertujuan untuk mempertingkatkan hasil daripada 1.5 metrik tan kepada 5 metrik tan rumpai laut kering sehektar setiap tahun dengan keluasan kawasan pertanian sebanyak 28,000 hektar.

Enam jenis rumpai laut akan diusahakan berdasarkan hasil carrageenan mereka dan kadar pertumbuhan.

Maklumat Projek :

1.Menambah hasil dan jumlah pengeluaran rumpai laut ke 150,000 MT pada tahun 2020 dengan penubuhan ladang kluster.

2.Penggunaaan kaedah pengeluaran baik secara konsep mini estet berasaskan teknologi dan penanaman intensif di darat.

3.R&D&C hiliran untuk menguatkan kemampuan memproses rumpai laut kering kepada produk bernilai tinggi (carrageenan) dan juga menyelidik kegunaan lain untuk rumpai laut.

4.Penubuhan SPV, Green Leaf Synergy Sdn Bhd, syarikat di bawah UMS untuk bertindak sebagai syarikat ‘anchor'.

Pegawai yang boleh dihubungi :

1. Prof. Madya Dr.Suhaimi Md. Yasir (Universiti Malaysia Sabah)
No Telefon : 088-320000 (sambungan 5778)
E-mel : suhaimi.yasir@gmail.com

2. Encik Adibi Rahiman Bin Md.Nor (Jabatan Perikanan Malaysia)
No Telefon : 03-8870 4759
E-mel : adibi@dof.gov.my

NKEA Pertanian

NKEA Pertanian memberi tumpuan kepada sub-sektor yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi, iaitu akuakultur, pertanian rumpai laut, sarang burung walit, produk herba, buah-buahan dan sayur-sayuran serta makanan diproses premium.

Ini akan membolehkan Malaysia menembusi pasaran global bernilai tinggi yang sedang membangun dengan pesat.

Subsektor seperti padi dan ternakan haiwan turut dipilih kerana kepentingan mereka sebagai sumber utama keterjaminan makanan negara.

Matlamat NKEA Pertanian adalah untuk memberi sumbangan kepada peningkatan pendapatan negara kasar (PNK) berjumlah RM21.44 billion menjelang tahun 2020.

Selain daripada itu, 74,000 tambahan peluang pekerjaan juga diharap dapat dicapai dalam tempoh tersebut.

Untuk mencapai objektif, sebanyak 16 Projek Permulaan (EPP) dan 11 peluang perniagaan telah dikenal pasti untuk memangkinkan penubuhan perniagaan yang dipacu oleh permintaan pasaran, berskala industri dan mempunyai ciri-ciri pertanian bersepadu.

16 EPP tersebut adalah :

EPP 1 : Produk herba bernilai tinggi
EPP 2 : Pengeluaran sarang burung walit
EPP 3 : Mini estet untuk rumpai laut
EPP 4 : Penternakan ikan dalam sangkar
EPP 5 : Integrasi lembu di ladang kelapa sawit
EPP 6 : Replikasi i-ZAQ
EPP 7 : Pasaran premium buah dan sayur segar
EPP 8 : Taman pengeluaran makanan
EPP 9 : Pengeluaran beras wangi di luar kawasan saliran
EPP 10 : Penanaman padi di MADA
EPP 11 : Penanaman padi di kawasan jelapang
EPP 12 : Penambahan ladang fidlot
EPP 13 : Kluster tenusu
EPP 14 : Pembangunan industri benih
EPP 15 : Penyertaan syarikat multi-nasional
EPP 16 : Pengambilalihan syarikat luar negara/JV

Sumber: web Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Friends of SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2015 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::