World Halal Innohub |
Universti Putra Malaysia (UPM) menjadi universiti pertama yang mewujudkan hab inovasi halal global, World halal Innohub di Malaysia hasil kerjasama Halal Industry Development Cooperation Sdn Bhd (HDC) dengan nilai pelaburan RM20 juta.
World halal Innohub pusat untuk menyediakan ruang inovasi menyokong serta lokasi perintis pembangunan syarikat pemula serta pensyarikatan kepada usahawan dengan penyediaan pelbagai sumber serta perkhidmatan berkaitan halal.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Hamim Samuri berkata, setakat ini terdapat 16 peserta terdiri daripada penyelidik atau pakar UPM dan usahawan bagi pengkormesialan produk.
Dengan membangunkan World halal Innohub akan membantu negara membangunkan lebih banyak produk halal menerusi inovasi penyelidik.
“Cabaran ekonomi senario ekonomi global dan perubahan permintaan pengguna memerlukan usahawan melahirkan produk yang mengikut keperluan semasa yang mana pembangunan pusat inovasi akan mendorong kita memahami kehendak pasaran semasa.
“Malah, inovasi serta kajian juga salah satu rantaian penting di dalam industri halal kerana ia membabitkan perakuan standard halal,” katanya pada majlis kerjasama UPM dan HDC di sini, semalam.
Hadir sama, Naib Canselor UPM,Datuk dr Mohd Azmi Mohd Lila dan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Datuk Seri Jamil Bidin.
UPM menyasarkan 20 peserta dalam setahun yang menggunakan ruang inovasi berkenaan dan ketika ini terdapat 16 peserta perintis terdiri daripada pelbagai sektor antaranya kesihatan dan teknlogi maklumat.
Antara aktiviti yang dijalankan di pusat itu adalah mencari tumpuan syarikat besar untuk mengenal pasti syarikat pemula dengan teknologi berpasaran tinggi dalam bidang halal untuk pengambilalihan atau penggabungan.
Sumber: myMetro
Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Datuk Seri Jamil Bidin berkata, pada waktu ini, dagangan antara negara-negara ASEAN masih rendah, terutamanya dalam produk halal.
Jelasnya, produk halal berpotensi tinggi di ASEAN kerana dianggarkan mempunyai lebih 300 juta penduduk Islam.
“Kami sudah membawa perkara ini iaitu kerjasama negara-negara ASEAN dalam pembangunan produk halal ini ke peringkat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk dibawa ke AFMM kali ke-19.
“Kita mahu memperhebatkan lagi kedudukan kita sebagai peneraju produk halal selain mewujudkan peluang perdagangan yang lebih luas di peringkat ASEAN,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran World Halal Innohub.
Majlis itu dilancarkan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ir. Hamim Samuri.
Tahun lalu, Singapura merupakan negara kedua paling banyak menerima import produk halal dari Malaysia dengan nilai RM2 bilion, manakala Indonesia jatuh di tangga keempat dengan nilai lebih RM1 bilion.
Tambah Jamil, HDC juga berharap piawaian halal 1ASEAN dapat dibentuk bermula pada tahun ini bagi menyeragamkan piawaian halal di antara negara-negara anggota.
Jelasnya, pada waktu ini, setiap negara mempunyai piawaian halal yang berbeza-beza dan tidak menyeluruh.
“Malaysia mempunyai kepakaran piawaian halal yang menyeluruh dan kita berharap pelaksanaan penyeragaman piawaian halal antara negara anggota akan dapat dilaksanakan dengan segera iaitu sekurang-kurangnya pada tahun ini.
“Penyeragaman piawaian halal 1ASEAN akan menjadi platform dan kemudahan paling berkesan dalam meningkatkan lagi pengeluaran, perdagangan dan inovasi produk halal di peringkat ASEAN,” ujarnya.
Sumber: Utusan Online