Wings Mobile Apps |
Kumpulan rock Wings dilihat terus kukuh serta tidak mahu ketinggalan dalam mengejar perubahan zaman yang pantas terutama dalam mencapai sesuatu maklumat.
Menyahut peredaran itu, Wings melancarkan aplikasi telefon pintar yang dikenali sebagai Wings Mobile Apps.
Wings yang dianggotai oleh Awie, Joe, Eddie dan Black menyedari kepesatan teknologi maklumat yang berkembang dengan setiap informasi berkaitan artis atau selebriti akan dicari peminat melalui medium sosial seperti Instagram, Twitter dan Facebook.
Aplikasi yang dibangunkan oleh Laiyon Interaktif Sdn. Bhd. itu merupakan satu perkembangan baharu teknologi maklumat dalam industri hiburan apabila ia pertama kali digunakan oleh artis tempatan. Lebih bermakna, Wings menjadi kumpulan rock pertama di Malaysia menggunakan dan melancarkan aplikasi tersebut.
Berfungsi seperti pusat sehenti kepada semua pautan berkaitan Wings seperti laman web rasmi Sayap-Sayap Wings, laman Facebook rasmi dan Instagram, aplikasi itu dikuasakan berlandaskan sistem operasi IOS oleh Apple.
Justeru, ia boleh dimuat turun melalui App Store, manakala bagi pengguna Android pula boleh melakukan sedemikian melalui PlayStore. Aplikasi tersebut juga dilengkapi dengan iTunes bagi memudahkan pembelian single dan album Wings.
Selain pembelian single dan album, peminat juga boleh mendapatkan barangan eksklusif kumpulan rock itu seperti baju-T, kemeja dan topi.
Menurut Joe, pihak Wings berterima kasih kepada Laiyon Interaktif Sdn. Bhd. kerana membantu mereka membangunkan aplikasi itu.
Dia yakin, ciri-ciri yang terdapat dalam aplikasi tersebut dapat membuatkan peminat Wings mengikuti dengan lebih rapat perjalanan seni mereka.
“Apa yang dilakukan merupakan satu langkah atau pendekatan yang diambil Wings bagi memastikan peminat tidak terlepas sebarang maklumat mengenai aktiviti yang kami lakukan,” katanya sewaktu sidang akhbar pelancaran aplikasi Wings Mobile Apps di Istana Budaya baru-baru ini.
Selain melancarkan aplikasi telefon pintar tersebut, Wings turut melancarkan album baharu mereka, Live Wings Rockestra @ Istana Budaya yang merupakan persembahan yang dirakam sewaktu Konsert Live Wings Rockestra di Istana Budaya sekitar April 2013.
Kebanyakan konsert anjuran kumpulan rock yang ditubuhkan pada tahun 1985 itu telah dirakamkan visual dan audionya.
Justeru, bersempena tahun ke-30 penubuhannya, Wings mendedikasikan album tersebut sebagai buah tangan kepada peminat setia mereka.
Album Live Wings Rockestra turut mengandungi rakaman konsert kedua kumpulan itu di Istana Budaya iaitu Opera Hidup Wings & Superfriends pada tahun 2011 yang dihadiri sekitar 7,000 penonton.
Diterbitkan dalam pek berkembar DVD dan CD audio, 20 buah lagu dimuatkan ke dalam DVD, manakala CD pula diisi dengan 16 untaian lagu popular yang dirakamkan seperti Bujang Senang, Awang Thrasher, Misteri Mimpi Syakilla, Taman Rashidah Utama dan Sejati.
Menurut Joe yang juga penerbit album berkenaan, muzik dalam lagu-lagu yang dirakamkan ke album berkenaan mempunyai kekuatan tersendiri kerana ia merupakan konsert khas yang diiringi oleh 43 orang pemuzik profesional daripada Orkestra Simfoni Kebangsaan yang dipimpin oleh Mustafa Fuzer Nawi.
“Apa yang terkandung dalam album ini adalah persembahan sebenar Wings sewaktu konsert itu berlangsung dan tidak ada suntingan melainkan dari segi visual. Itu yang menjadikan peminat menikmati situasi sebenar sepanjang konsert tersebut.
“Walaupun tempoh menerbitkan album ini memakan masa yang lama iaitu kira-kira dua tahun untuk disiapkan, namun ia berbaloi untuk dimiliki kerana kualiti terbaik yang kami hasilkan,” ujar Joe.
Dalam perkembangan lain, Wings masih meneruskan misi Konsert Jelajah Menakluk Kosmos yang bermula di Pulau Pinang pada Disember 2014. Selepas lokasi kedua di Melaka pada Januari lalu, mereka bakal ke Terengganu, Sabah, Sarawak dan kemuncaknya akan diadakan di Kuala Lumpur pada penghujung 2015.
Jika dilihat perjalanan karier mereka, Wings merupakan kumpulan rock tempatan yang mampu meneruskan survival seni tanah air dan kekal relevan.
Memetik ungkapan yang tercatat dalam album rakaman konsert mereka, Wings menulis ‘...kami merasakan persembahan pada malam tersebut sama seperti saat-saat awal kami membuat persembahan di sekitar Lembah Klang dan di serata tanah air lewat 1980-an. Masa telah berlalu dan kami menempuh seiring dengan para peminat kami...'
Sumber: Kosmo! Online