Program Usahawan GiatMara |
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperuntukkan sebanyak RM15.75 juta untuk melaksanakan pelbagai program dan skim bagi melahirkan 3,500 usahawan baharu pada tahun ini di bawah GiatMara.
Menterinya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, peruntukan itu melibatkan program mewujudkan usahawan GiatMara sebanyak RM3.5 juta dan peningkatan usahawan sejumlah RM1 juta.
"Selain itu, sebanyak RM2.25 juta diperuntukkan bagi skim pembangunan kesejahteraan rakyat dan RM9 juta untuk pelaksanaan program khas mewujudkan usahawan GiatMara," katanya dalam majlis perasmian GiatMara Raub di sini hari ini.
Yang hadir sama, Pengerusi GiatMara, Datuk Jaujan Sambakong dan Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepenggunaan Negeri, Datuk Seri Shahiruddin Ab. Moin.
Pembinaan GiatMara Raub di tapak baharu di Mukim Gali itu dimulakan pada tahun 2012 dengan kos sebanyak RM5 juta dan boleh menampung sekurang-kurangnya 120 hingga 130 pelatih pada satu-satu masa.
Pada majlis itu, beliau turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara GiatMara dengan Akademi Naza Kia dari segi teknologi automotif dari Korea serta mendapatkan kepakarannya.
Di samping itu, GiatMara boleh menghantar para pelatih yang mencukupi syarat untuk melanjutkan pelajaran di Akademi Naza Kia.
Dalam pada itu, Mohd. Shafie berkata, sehingga kini, GiatMara berjaya melahirkan lebih 318,000 pelatih sejak 1986.
Beliau berkata, kesan globalisasi membawa kesedaran memuncak kepada keperluan latihan teknikal dan vokasional serta sistem latihan kemahiran lebih mantap.
Katanya, tuntutan itu dapat direalisasikan menerusi pembangunan tenaga kerja berkemahiran yang kreatif dan inovatif agar mereka lebih kompetitif dalam persaingan ekonomi di peringkat antarabangsa.
"Peningkatan kemahiran dan latihan tenaga kerja amat diperlukan ke arah meningkatkan ekonomi negara.
"Sebab itu agensi seperti GiatMara amat menitikberatkan pengukuhan modal insan dan pembangunan tenaga kerja mahir negara untuk menjana pertumbuhan serta perkembangan ekonomi," ujarnya.
Beliau turut bersyukur apabila GiatMara melepasi sasaran untuk beroperasi di semua Parlimen dengan sejumlah 231 pusat latihan itu di seluruh negara.
Pencapaian itu kata beliau, hasil kerja kuat pengurusan GiatMara yang sentiasa memperkenalkan pelbagai pakej baharu dan berusaha memakmurkan belia di kawasan luar bandar.
"GiatMara telah diberi nafas baharu dan menjalani penjenamaan semula dengan pengisian semasa sebagai pusat pendidikan lebih mampan dan proaktif dalam menangani isu generasi muda," katanya.
Sumber: Utusan Online