Jeli Campuran Botani - Suriku

Jika kebanyakan produk kecantikan dan kesihatan dalam bentuk cecair atau serbuk yang diisi di dalam sachet, kini buat pertama kalinya terdapat produk sedemikian dalam bentuk jeli.

Jeli campuran botani dengan madu dan kolagen yang dinamakan Suriku ini lebih mudah diambil di mana-mana sahaja dan tidak perlu dibancuh dengan air.

Lebih penting lagi ialah rasanya yang sedap dengan perisa oren dan sekali merasa pasti akan disukai. Suriku yang baru dilancarkan bulan ini merupakan produk untuk kecantikan dan kesihatan, luaran dan dalaman khusus untuk wanita.

Mengandungi beberapa herba dari Malaysia, Korea dan Jepun seperti Kacip Fatimah, ginseng Korea, ekstrak beras Jepun, ubi putih, madu, kolagen ikan dan sebagainya, herba-herba ini mengandungi banyak kebaikan untuk wanita.

Di antaranya seperti mengatur semula kitaran haid, melancarkan haid, mengurangkan keputihan, menganjalkan kulit, melambatkan proses menopaus, membaik pulih dan memutih kulit daripada dalam, membentuk semula kolagen yang menyusut pada sendi, tulang dan kulit dan membantu mengempiskan perut.

Menurut pengasasnya, Hanny Julia Haron, 38, produk ini boleh diambil oleh gadis semuda 15 tahun hingga wanita yang sudah mengalami menopaus.

“Semasa membuat produk ini, saya mendapati kebanyakan produk yang terdapat di pasaran susah disediakan dan perlu dibancuh. Suriku dibuat dalam bentuk jeli dan merupakan kolagen jeli yang pertama di Malaysia. Kolagen jeli sudah lama dan popular di Jepun dan Korea dan saya perkenalkan di Malaysia.

“Kelebihannya ialah, kebanyakan produk pemutihan yang ada di pasaran mengandungi glutation tetapi saya memasukkan ekstrak beras mutiara Jepun yang memberikan kulit halus dan bersinar,” kata Hanny yang menjalankan proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama setahun.

Tambahnya, wanita yang menghadapi masalah jerawat teruk, jeragat, kantung mata hitam, senggugut dan ingin langsing, disarankan untuk mengambilnya dan pengambilan berterusan tidak menyebabkan kesan sampingan.

Mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Suriku diletakkan di bawah kategori makanan dan bukan ubat-ubatan.

Dijual secara dalam talian pada harga RM180 untuk 20 sachet. Ingin ketahui lebih lanjut, layari laman sesawang Suriku atau taip suriku dan hantar ke 019-9862966.

Sumber: Utusan Online

Friends of SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2015 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::