Pemborong Jati - Pemborong Pakaian Bumiputera |
Pemborong Jati Sdn Bhd menyasarkan untuk memiliki jenama sendiri dikenali Jati Fashion menjelang tahun depan sebagai usaha menerokai pasaran runcit dan mempelbagaikan perniagaan syarikat.
Pengarahnya, Norhayati Arif berkata beliau yakin sasaran itu mampu dicapai kerana syarikat menjalinkan kerjasama kukuh dengan rakan kongsi dari luar negara.
Pemborong Jati adalah syarikat pemborong pakaian Bumiputera yang ditubuhkan setahun lalu dengan fokus kepada baju-T dan jean berjenama dan berkualiti untuk dewasa serta kanak-kanak.
“Kami sedang melakukan perbincangan dengan beberapa pihak untuk merealisasikan hasrat terbabit yang mana jenama ini akan difokuskan kepada baju-T dan jean untuk golongan dewasa dan kanak-kanak,” katanya.
Ketika mengulas mengenai perniagaan borong, beliau berkata syarikat memiliki koleksi pakaian bernilai RM250,000 pada masa kini berbanding hanya 200 helai ketika memulakan perniagaan 12 tahun lalu.
“Kami kini mampu menjual 3,000 pakaian secara purata pada setiap bulan melalui 250 pelanggan (peruncit) seluruh negara,” katanya.
Norhayati berkata, syarikat merancang mengukuhkan perniagaan borongnya dengan memasuki pasaran runcit seperti di Pusat Pakaian Hari-Hari, Pasar Raya Hiro, Bintang dan Giant dalam tempoh enam bulan akan datang.
INFO:
"Kepakaran kami adalah memberi peluang pada anda berniaga dengan semurah yang anda mampu juga lakarkan idea anda di atas Baju kami."
"Khidmat yang kami beri adalah:
1. memborong dengan harga yang murah
2. pilihan pakaian yang berkuality
3. 100 % cotton, tidak panas
4. mengikut kehendak dan permintaan pelanggan...
5. pilihan direct dari pembekal
6. anda boleh beri idea untuk printing
7. membekal solid t shirt untuk print
8. tiada kos penghantaran ke Semenanjung Malaysia."
Sumber: myMetro
Foto: FB Pemborong Jati